YP Maintenance Sdn. Bhd.
05/03/2026
4 Mac 2026 |
Majlis Agihan Bubur Lambuk
Pada 4 Mac 2026, satu program CSR (Corporate Social Responsibility) Majlis Agihan Bubur Lambuk telah dijalankan dengan kerjasama pengurusan Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Program ini disertai oleh kakitangan YPM HQ dan juga daripada Seksyen 1 Kuantan.
Bermula daripada awal pagi, kakitangan YP Maintenance Sdn. Bhd. telah melakukan gotong royong secara rewang bagi menyiapkan bahan masakan dan juga turut serta dalam aktiviti mengacau bubur lambuk dibawah seliaan katering Era Gemilang.
Sebanyak 1000 bekas bubur lambuk berjaya diedarkan kepada komuniti sekitar Masjid Tengku Ampuan Afzan sekitar pukul 4 pm.
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pengurusan Masjid Tengku Ampuan Afzan, pihak pengurusan YP Maintenance Sdn. Bhd. dan juga kakitangan YP Maintenance Sdn. Bhd.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
B800 Jalan Al Sultan Abdullah
Kuantan
25200