DiTec UMPSA

DiTec UMPSA

Share

Photos from DiTec UMPSA's post 25/05/2026

Sesi Audit Dalam bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Gombak

Sesi Audit Dalam ISMS ini telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 22 Mei 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Auditor Dalam yang diketuai oleh Puan Natrah Ahmad Fadil dari Pusat Teknologi Digital (DiTec) UMPSA, bersama ahli-ahli kumpulan yang komited:
1. Ts. Rosmalissa binti Jusoh (DiTec UMPSA)
2. Norfaezah binti Abd. Halim (DiTec UMPSA)
3. Wafaa’ binti Mokhtar (DiTec UMPSA)
4. Assoc. Prof. Dr. Nurul Nuha Abdul Molok (IIUM)
5. Asst. Prof. Ts. Dr. Noor Hayani Abd Rahim (IIUM)
6. Asst. Prof. Dr. Shuhaili Talib (IIUM)
7. Ahmad Naim Hamat (IIUM)

Berikut ialah barisan pengurusan tertinggi, sekretariat ISMS dan sebahagian auditee yang terlibat sama semasa sesi audit tersebut dilaksanakan:
1.Chief Digital Officer: Prof. Dato’ Dr. Norbik Bashah
2. Pengarah Information Technology Division : Mdm. Nurmaliza Jumaat
3. Pengarah Academic Management and Admission Division (AMAD) : Assoc. Prof. Dr. Haslina Binti Hassan
4. Dekan Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT) : Professor Emeritus Dato' Ts. Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok
5. Dekan Kulliyyah of Economics and Management Sciences (KENMS): Prof. Dr. Gairuzazmi Bin Mat GhaniPengarah of Office of Security Management (OSEM): ASP PB Shahrul Ariffin Bin Maskuri
6. Shahidah Mahbob (Deputy Director, Cybersecurity and Email Management Section (CSE))
7. Hairul Laila Din (Deputy Director, Quality and Assurance and Customer Care Section (QACC))
8. Saidah Zawanah Sulaiman (Sen. Engineer, CDO Office)
9. Khairul Sazaney Abu Jaziz (Sen. Information Technology Officer, CSE)
10. Umi Kalthum Hanafi (Sen. Information Technology Officer, QACC)
11. Mohammad Raziq Irfan Mohd Rasidi (Asst. Information Technology Officer, CSE)
12. Mohamad Haziq Danial Mohd Fadil (Asst. Engineer, CSE)

Sesi audit yang berjalan lancar ini merupakan langkah proaktif dan kritikal dalam membantu IIUM memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat, sekali gus mempersiapkan IIUM ke arah pencapaian persijilan penuh ISMS tidak lama lagi.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama padu sepanjang sesi ini berlangsung!

Photos from DiTec UMPSA's post 07/05/2026

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT TRANSFORMASI DIGITAL UMK KE PUSAT TEKNOLOGI DIGITAL UMPSA: MEMPERKASA EKOSISTEM ICT UA πŸš€πŸ€

PEKAN, 7 MEI 2026 – DiTec UMPSA hari ini berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Transformasi Digital UMK (Ditec) bagi satu sesi Lawatan Penanda Aras bertempat di Bilik Latihan, UMPSA Pekan.

Delegasi yang terdiri daripada lapan (8) orang staf pakar ICT ini diketuai oleh Puan Roziatun binti Muhd Sayuty, Ketua Bahagian Infostruktur Digital UMK. Kehadiran rakan strategik dari Pantai Timur ini bertujuan untuk bertukar pandangan serta mendalami amalan terbaik (best practices) dalam transformasi digital universiti.

🌐 PERKONGSIAN ILMU MERENTAS SKOP TEKNOLOGI
Sesi yang berlangsung selama tiga jam ini memfokuskan kepada perbincangan tuntas melibatkan pelbagai domain kritikal, antaranya:
βœ… Aplikasi & Pembangunan Sistem – Memacu inovasi penyampaian perkhidmatan.
βœ… Rangkaian & Pangkalan Data – Pengurusan infrastruktur yang andal dan selamat.
βœ… Kemudahan ICT PdP & VDI – Evolusi teknologi pengajaran melalui Virtual Desktop Infrastructure.
βœ… Governan & Urus Tadbir IT – Memastikan kelestarian digital mengikut standard terkini.

πŸ›οΈ HUB KEPIMPINAN ICT
Istimewanya, lawatan ini berlangsung serentak dengan penganjuran Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah ICT Universiti Awam (MAPITA) yang turut bersidang di DiTec UMPSA Pekan. Kehadiran pemimpin-pemimpin ICT seluruh negara hari ini menjadikan UMPSA sebagai pusat tumpuan utama bagi percambahan idea dan polisi teknologi digital sektor pengajian tinggi.

Semoga perkongsian ilmu ini mampu memacu kecemerlangan kedua-dua universiti dalam mendepani cabaran revolusi digital, seterusnya memperkukuh ukhuwah antara warga DiTec UMPSA dan Ditec UMK.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Teknologi Digital, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Kuala
26600

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 16:30