Jerteh Motor Service
12/10/2021
Sebelum merentas negeri marilah kita periksa dahulu kereta kita.
14/09/2021
PROTON WAJA BOCOR (AIR MENITIK).
Pelanggan datang ke bengkel kami kerana terdapat kebocoran di kereta beliau dimana terdapat air yang menitik. Mekanik memeriksa kereta beliau dan mendapati terdapat ‘water jacket’ yang telah kemek. Mekanik segera menukar water jacket itu. Selain itu, penutup tangki radiator juga turut ditukar kerana getahnya sudah merekah.
Diharapkan beliau terus berpuas hati dengan servis yang kami sediakan dan masih kunjungi kami di masa akan datang bagi menyelesaikan permasalahan kereta-kereta beliau.
___________________________________________________________
Kepada mereka yang ingin MEMBAIKI / SERVIS KERETA anda, kami BEROPERASI dari pukul 9 PAGI - 5 PETANG, SABTU - KHAMIS (sebarang perubahan waktu operasi akan dimaklumkan di page FB kami).
Bagi memudahkan urusan di musim PKP ini, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji @ pertanyaan. Kami juga ada menyediakan PICKUP SERVIS bagi mereka yang sukar untuk ke bengkel kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255.
Ruang menunggu ada disediakan untuk keselesaan anda. Para pelanggan diwajibkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask) & sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
05/09/2021
METER SUHU NAIK (OVERHEATING)??!
Jika anda sedang fokus memandu tiba-tiba AIR-COND KERETA ANDA BERASA PANAS (angin yang keluar dari corong air-cond), atau mungkin tiada tanda-tanda sebegitu namun METER SUHU KERETA ANDA TIBA-TIBA NAIK, mahupun SIMBOL/INDIKATOR MUNCUL DI DASHBOARD METER KERETA anda, apakah yang harus anda lakukan?
Pertama sekali jangan panik dan perhatikan keadaan sekeliling. Perlahan-lahan bagi signal ke kiri dan PANDU KERETA ANDA KE SISI JALAN DAN BERHENTI DI TEMPAT YANG SELAMAT. Kemudian MATIKAN ENJIN DAN BUKA BONET HADAPAN KERETA anda bagi menurunkan sedikit suhu.
Perhatikan samada kipas berpusing atau tidak. Jika kipas tidak berpusing terdapat kemungkinan motor kipas rosak ataupun relay kipas terbakar, atau terdapat wayar longgar. Setelah suhu sudah agak turun, periksa p**a air di dalam tangki spare masih ada atau tidak. Jika air masih ada mungkin thermostat sudah rosak. Selain dari masalah-masalah tersebut, terdapat juga kemungkinan lain antaranya; hos getah (bocor/klip pengikat tercabut), atau radiator (bocor/tersumbat), dan sebagainya.
Jika anda MENGALAMI MASALAH SUHU NAIK atau OVERHEATING, hubungi sahaja JM SERVICE di 09-622 5493 / 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255. KAMI AKAN KE LOKASI ANDA UNTUK MEMERIKSA KERETA ANDA, dan jika kereta anda tidak boleh dipandu untuk ke bengkel, jangan bimbang, kami akan uruskan TOW TRUCK untuk mengambil kereta anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
705, Jalan Kuala Berang
Kuala
20050
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |