Caliphpro Pengurusan Harta
31/10/2022
JENIS-JENIS HUTANG YANG BIASA DITINGGALKAN OLEH SI MATI.
Penyelesaian Hutang dalam Pentadbiran Harta Pusaka:-
Penyelesaian hutang merupakan proses yang penting dalam pentadbiran pusaka dan ianya WAJIB diselesaikan sebelum proses pengagihkan harta kepada waris-waris si mati.
Jika as- Salihin Trustee Berhad adalah Wasi atau Pentadbir , proses penyelesaian hutang ini akan dilaksanakan setelah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil.
Seterusnya, as-Salihin akan mengiklankan di akhbar tempatan untuk memaklumkan kepada pemiutang-pemiutang berkenaan kematian pewasiat. Ini merupakan inisiatif as-Salihin sebagai Wasi atau Pentadbir untuk menjalan tanggungjawab melunaskan hutang-hutang si mati dan pemiutang boleh membuat tuntutan jika masih dalam tempoh yang ditetapkan sebelum pengagihan harta dilaksanakan.
Rujuk Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
Jenis Hutang Yang Biasa Ditinggalkan Oleh Si Mati?
Hutang di bahagikan kepada dua iaitu Hutang Dunia dan Hutang Akhirat:-
Hutang Dunia:
1. Pinjaman Perumahan
2. Hutang dengan Individu
3. Pinjaman Bank seperti Pinjaman Peribadi dan Kad Kredit
4. Pengurusan Jenazah
5. Pinjaman Kenderaan
6. Kos Perubatan seperti Fi Tunggakan Hospital dan Ubat
7. Pinjaman Pelajaran
Hutang Akhirat:-
1. Zakat
2. Kaffarah
3. Nazar
4. Badal Haji
5. Fidyah
Kesan Hutang Tidak Dilangsaikan Segera?
1) Dari Pentadbiran Harta Pusaka pengagihan harta pusaka tidak boleh dibuat diagihkan.
2) Pindah milik disekat
3) Institusi kewangan memfailkan kaveat
4) Hartanah boleh dilelong, dan boleh diambil oleh pihak kerajaan
5) Harta Pusaka boleh diisytiharkan bankrap
Info Lanjut, Sila Layari: www.as-salihin.com
as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam
07/10/2022
Salam Jumaat semua. Perbanyakkan amalan pada hari Jumaat yg mulia ni. Jangan lepaskan peluang! Insyaa Allah, segala amalan kita diterima Allah Taala. Aamin
28/09/2022
22/09/2022
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Assalamualaikum......
Mendapat Doa Malaikat
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya p**a: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan adalah mustajab. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. (Riwayat Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)
Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
LOT 4237, TINGKAT BAWAH WISMA CHUA AH KEE, Jalan SULTAN ISMAIL/JLN TOK LAM
Kuala
20200