Penerbit UMT
11/06/2026
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐮 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐣𝐮𝐤 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐢𝐧 𝐓𝐞𝐚𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐮𝐚𝐠𝐞, 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐚𝐫𝐧𝐞𝐫 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭
Tahniah kepada Dr. Farah Hussan Sahib, Pn. Chaizani Mohd Shamdudin dan Dr. Nur Jannah Jamil atas kejayaan menerbitkan karya ilmiah yang bermakna ini.
Semoga penerbitan buku ini menjadi rujukan yang bermanfaat kepada para akademik, penyelidik, pendidik dan pelajar, serta terus menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan, bahasa dan teknologi. Didoakan agar segala usaha, dedikasi dan hasil penyelidikan yang dicurahkan menjadi inspirasi kepada lebih ramai sarjana untuk menghasilkan karya berkualiti pada masa hadapan.
Tahniah sekali lagi dan semoga terus cemerlang dalam memperkasa dunia ilmu serta pendidikan. 📚✨
Ikhlas daripada Penerbit UMT 💙🤍
07/06/2026
📚 Hari Terakhir PBAKL 2026! 📚
Masih belum singgah ke Pavilion MAPIM?
Inilah peluang terakhir anda untuk meneroka pelbagai judul terbaharu terbitan universiti awam Malaysia, mendapatkan cop Pesta Buku serta melihat pelbagai bahan ilmiah dan penerbitan berkualiti yang ditawarkan.
📍 Pavilion MAPIM
🏛️ Aras 2, Dewan Tun Dr Ismail
📅 Hari Terakhir PBAKL 2026
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Jumpa kami sebelum tirai PBAKL melabuhkan penutupnya!
BukuMalaysia MAPIM DewanTunDrIsmail 📖✨
31/05/2026
🌸 Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 🌸
Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan, serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk negara kita.
Marilah kita bersama-sama memupuk semangat perpaduan demi kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.
Selamat Hari Wesak
31 Mei 2026
Ikhlas daripada,
Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Keharmonian
28/05/2026
📚 Temui kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026!
Penerbit UMT dengan berbesar hati menjemput anda semua untuk hadir memeriahkan PBAKL 2026 yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:
🗓 29 Mei – 7 Jun 2026
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Aras 2, Dewan Tun Dr Ismail (Pavilion MAPIM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Dapatkan pelbagai judul terbaru terbitan 2026 serta bahan bacaan ilmiah dan menarik. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka koleksi penerbitan terkini kami sepanjang pesta buku berlangsung.
Jumpa anda di PBAKL 2026! ✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Penerbit UMT, Aras 2 Bangunan Canselori
Kuala
21030
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:45 |
| Tuesday | 08:00 - 16:45 |
| Wednesday | 08:00 - 16:45 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Sunday | 08:00 - 16:30 |