Plus1 MOTOR FLUSH

Plus1 MOTOR FLUSH

Share

5 Tabiat Ini Buat Aircond Kereta Cepat Rosak, Antaranya Pakai Pewangi Jenis Gel! - MASKULIN 11/02/2020

Meh baca ni.. Mana tau korang biasa buat benda ni..

5 Tabiat Ini Buat Aircond Kereta Cepat Rosak, Antaranya Pakai Pewangi Jenis Gel! - MASKULIN Siapa kata penghawa dingin (AC) kerana susah untuk rosak? Kalau anda tak tutup tingkap kereta anda semasa AC terpasang, macam-macam boleh jadi.

10/02/2020

Alright. Sambungan dari beberapa hari lepas berkenaan punca kereta kita jadi kurang pick up dan lembap. Jom kita tengok.

1.Minyak Gear atau minyak ATF dan filter kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin. Untuk penjagaan minyak gearbox biasanya setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment... Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakan. Dan untuk kesan yang lebih padu tukar filter minyak gearbox sekali.

2. Bagi kereta yang guna karburator seharusnya perlulah didalam satu tempoh yang agak lama untuk mencuci karburator kenderaan anda, kemungkinan ianya sudah terlalu tersumbat dan berkeladak kotor menyebabkan banyak enapan karbon. Begitu juga bagu injection, throttle body kereta anda juga perlu dicuci. Karburator yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah bahagian yang bermasalah.

3. Jika kereta anda menggunakan Fuel Injection .. mungkin juga injector tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin.. Jadi kenalah buat servis bersihkan injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner bagi memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna. Seharusnya anda perlu membuat servis untuk membersihkan Injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner, ianya bagi membuang segala sisa karbon yang terdapat didalam karburator enjin kenderaan anda, Prestasi kenderaan akan meningkat sekiranya bahagian yang menghalang laluan oksigen dan minyak telah di singkirkan. Minyak yang di pam ke dalam enjin juga semakin bersih tanpa kotoran di dalam karburator.

So, korang bolehlah cuba buat apa yang patut seperti yang saya kongsikan. InshaAllah membantu serba sedikit untuk mengembalikan kuasa enjin kereta korang.

Untuk enjin kereta kembali bersih dan lancar klik www.wasap.my/+60179277330

www.wasap.my

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala