STYLO GADJETS
16/07/2021
Kepada orang yang baru nak main G-Shock sila rajin2 baca ya ππππ
ANTARA FAKTA DAN MITOS!!!
1. Mitos : "G-Shock Japan set semua MADE IN JAPAN π―π΅ kan boss? Buckle, back case tulis Japan kn?", tanya si buyer.
Fakta : "Sebenarnya sama sahaja tuan jamnya, beza hanya pada tag, manual dan dan kod di outer box", jawab seller jalanan.
Selalunya jam2 yg basic tidak memerlukan teknologi yg tinggi dan dikeluarkan pada skala yg besar, BIASANYA akan dihasilkan di kilang Casio di Thailand dan China. Kilang di Jepun p**a memasang model2 high-end seperti Frogman, MT-G, MR-G dll. Namun ada juga jam2 collaboration dan limited edition (cth: DW-6900fs 24Karats dan DW-6900tal-4 momiji) dibuat di Japan kerana jam2 ini tujuan asalnya utk pasaran JAPAN SAHAJA. Dalam bahasa mudah, JAPAN SET dan MADE IN JAPAN ini ialah dua perkara berbeza yg tak semestinya dtg sekali dlam satu pakej. So, jika sudah termaktub untuk model tersebut Made in China/Thailand, pusing satu Jepun pn mmg takkan dpat la printed Made in Japan utk model tu. Dan kalau kita beli Frogman kat Malaysia ni, walaupun bukan Japan Set, tpi akan dapat made in Japan sebab mmg model tersebut hanya made in Japan.
2. Tapi ada je jam-jam yg pasaran Japan sahaja sampai ke other region?
Ini adalah disebabkan adanya official distributor, online platform (ebay/amazon/mercari), personal shopper, runner, tourist dan sebagainya yang seangkatan dgnnya yg buatkan jam2 utk pasaran sesetengah negara sampai ke sini tambah2 p**a komuniti GShock di sini agak rancak.
3. Mengapa Japan set harganya lebih tinggi berbanding set lain?
Basically... Ni basic je tau... Based on teori ekonomi or teori2 lain yg panjang nak dihuraikan kat sini... Knape Japan set mahal mainly adalah sebab CURRENCY... Kalau convertkan duit RM kepada YEN..leh pkai google currency exchange... Anda cek sendiri...sbb japan set harga tertera di tag... Belum lagi costing postage/cukai/kastam/upah... Jadi anda kira sendiri. Tp knape ada yg jual Japan set lebih murah dr harga tag?? Soalan ni anda kenalah jadi seller p**ak kn? Hehe... Ada yg mmg dah biasa berurusan dgn supplier di Japan, dgn itu dapat harga yg terbaik serta ada yg beli semasa terdapat promosi2 yang berlangsung di Japan. Sama konsep kenapa harga online seller lebih berpatutan dari harga di kedai2 Official Distributor di Malaysia.
Jadi tepuk dada tanya selera..... Duit anda minat anda... Cuma berpadalah dalam berurusniaga... Buyer semestinya nak harga yg terbaik...seller juga perlu mencari rezeki buat seisi keluarga....sama2 kita rancakkan scene GShock ni dgn lebih harmoni... Jangan mintak harga jackpittt sangat.... Tu yg ramai terduduk kena ngan scammer....
Ni ada link sket utk anda baca2 tentang wiki asas GShock... Bangsa membaca bangsa berjaya... Hehe
http://mygshock.com/wiki/Trivia -Shock_model_number_mean.3F
DISCLAIMER : INFO INI ADALAH DARI PEMBACAAN, ILMU DAN PENGALAMAN PERIBADI SELAMA BERKECIMPUNG DALAM SCENE INI. JIKA ADA KESILAPAN ATAU KESALAHAN INFO BOLEH TERUS ROGER KAMI YE πππ
25/03/2021
πππππππINFO INFOππππππ
G-Shock Korang Made In ????
Info Buatan G-Shock.
Memang ramai yang bertanya kenapa ada G-Shock yg bukan Made In Japan π―π΅. Kan G-Shock ni brand Jepun. Meh kami explain serba sedikit yang kami tahu. Buat masa ni, kilang2 G-Shock ada di 3 negara. Jepun, Thailand dan China.
A) Made In Japan Yamagata π―π΅
Kilang premium Casio kat Jepun khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam high class. Contoh nya Master of GβFrogman, Model2 Collab/Anniversary, Protrek Premium, Model MRG dan MTG , Aviator dan Oceanus. Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam. Kod ini merupakan kod pengeluaran standard dijamin kualiti ditahap tertinggi.
B) Made In Thailand πΉπ
Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Model-model yang dihasilkan contohnya Mudman, Gulfman, Riseman, Rangeman, model DW56&69, foxfire, model G&GW, Protrek dan lain-lain.
C) Made In China Guangzhou π¨π³
Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock . Model-model yang dihasilkan contohnya DW56&69, GA, GD, Mat Motor,GLS, GLX, GWM dan Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH, EL
D) Made In Korea π°π· / Malaysia π²πΎ
Kilang di Korea dan Malaysia dah tutup. Siapa yang ada jam Made In Malaysia ni kira rare lah. Xb*k model yang ada. Antaranya foxfire 69, g family, dw9. Manakala Made In Korea banyak untuk model2 vintage seperti DW001-004, DW61,62,66.
Mengenai tali dan buckle p**a ada yang buatan Jepun, China dan Indonesia. Kebiasan model standard warna hitam biasanya akan dibuat oleh Casio Jepun sebagai sampel sebelum dipindahkan pada 2 kilang yang lain untuk pengeluaran penuh.
Sesetengah model yang mempunyai warna ataupun lapisan berkilau akan diselia sepenuhnya oleh Casio Jepun.
Ingat, kualiti resin pada jam Casio adalah terkawal jadi tidak usah risau dimana ianya dikeluarkan lagipun ianya juga berasal dari kilang Casio.
05/08/2020
Utk peminat G-Shock yg masih ragu ragu. Perbezaan code adalah hanya semata mata utk indikasi wilayah pemasaran. Kualiti jam adalah tetap sama untuk setiap model yang sama dan dari kilang pengeluaran yg sama. Kilang Casio Yamagata diJepun hanya akan fokus mengeluarkan jam G-Shock premium manakala kilang Casio di China & Thailand akan mengeluarkan jam model yang lebih murah seperti DW, GA series dan lain lain.
Walau bagaimanapun utk mengetahui asal usul jam dan kualiti buatan bukannya terletak pada code atau kotak jam tetapi di backcase jam tangan. Penunjuk akan indikasi dimana jam tersebut diproduksi.
dibuat dinegara mana?
12/06/2020
Casio G-Shock Market
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala
21300