Blue Shark Swimming - TRG
Ramai parents fikir…
“nanti besar pandai lah berenang sendiri”
Tapi realitinya,
skill tanpa asas yang betul = bahaya.
Air bukan tempat untuk cuba-cuba.
Salah teknik, salah cara bernafas — boleh jadi trauma seumur hidup.
Sebab itu di Blue Shark, kami mula dari basic yang betul:
water confidence, breathing, control…
semua dibina dengan sistem yang selamat.
Anak bukan saja belajar berenang,
tapi belajar rasa selesa dalam air — tanpa panik, tanpa takut.
Kerana satu hari nanti,
kita tak sentiasa ada di sisi mereka.
Jadi…
kalau satu skill boleh selamatkan nyawa anak kita, kenapa kita tangguh lagi?
Pernah tak ibu bapa perasan…
Ada antara anak-anak, sebelum kelas renang pertama —
mereka menangis, tak nak turun kolam… 😢
Bukan sebab mereka tak minat.
Bukan sebab mereka bosan.
Tapi…
sebab mereka takut.
Takut dengan air.
Takut dengan pengalaman lepas —
pernah terminum air, pernah lemas sekejap, atau rasa panik bila dalam kolam.
Dan dari situ, perlahan-lahan…
keyakinan mereka hilang.
Kalau dibiarkan,
mungkin sampai besar mereka akan terus takut dengan air.
Di sini lah peranan ibu bapa sangat penting 🤍
Perlu sabar, pujuk, dan beri peluang untuk mereka cuba.
Di dalam kelas, kami tak terus paksa anak berenang.
Kami mulakan dengan satu perkara paling penting:
Water Confidence.
Biar mereka rasa selamat dulu.
Biar mereka kenal air dulu.
Biar mereka percaya diri mereka dulu.
Dari situ… baru lah bermula perjalanan sebenar.
Dari anak yang takut,
menangis di tepi kolam…
➡️ menjadi anak yang berani
➡️ yakin dalam air
➡️ dan akhirnya… boleh berenang
From Zero to Hero 🦈💙
Nampak macam biasa…
tapi di sebalik setiap stroke, ada disiplin, fokus dan keberanian yang dibina 💙
Dari zero → confident dalam air.
Nak anak mula step pertama? PM kami.
31/03/2026
selepas sebulan tanpa kelas renang, memasing nampak ceria berjumpa dengan air yee..
03/03/2026
“Gaya dada ni bukan laju macam freestyle. Dia gaya sabar. Siapa sabar, dia laju.”
1️⃣ Badan – Jangan Timbul Macam Bot Pecah
Badan kena flat dan streamline. Kepala jangan terlalu angkat.
Kalau kepala tinggi sangat, pinggul jatuh… air jadi berat.
2️⃣ Tangan – Tarik Jangan Terlalu Besar
Ramai budak buat silap sini. Tarik tangan besar sangat sampai ke pinggang.
3️⃣ Kaki – Ini Enjin Dia
Kaki gaya dada ni macam whip kick.
Tumit naik dulu, lutut jangan buka luas sangat.
4️⃣ Timing – Tarik, Nafas, Tendang, Glide
Urutan dia mudah:
Tarik → Nafas → Tendang → Glide
“Kalau nampak percikan air banyak sangat… maknanya teknik belum kemas.”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kuala
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 19:00 |
| Tuesday | 09:00 - 19:00 |
| Friday | 09:00 - 19:00 |
| Saturday | 09:00 - 19:00 |
| Sunday | 09:00 - 19:00 |