GPQ Sdn Bhd

GPQ Sdn Bhd

Share

01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Kakitangan GPQ Sdn. Bhd. merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku.

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi turut mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam setiap amanah yang dipikul. Semoga semangat ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan ukhuwah, menyemai rasa syukur serta memperbanyakkan amalan kebaikan.

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, kami di GPQ Sdn. Bhd. ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh pelanggan, rakan kerjasama serta umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.

Photos from GPQ Sdn Bhd's post 15/05/2026

Langkah strategik ke arah memperkukuhkan pembangunan industri dan infrastruktur kesihatan di Negeri Terengganu.

Pada 14 Mei 2026, GPQ Sdn. Bhd. secara rasminya memeterai Letter of Intent (LOI) bersama KMI Healthcare bagi pembangunan Projek KMI Chukai Kemaman.

Kerjasama strategik ini merupakan satu pencapaian penting buat GPQ dalam memperkukuhkan kedudukan syarikat sebagai pemain industri yang semakin berkembang dalam bidang pembangunan hospital dan infrastruktur kesihatan.

GPQ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KMI Healthcare dan TDM Berhad atas kepercayaan yang diberikan serta komited untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan penuh profesionalisme, integriti dan kecemerlangan teknikal demi manfaat rakyat serta menyokong agenda pembangunan Negeri Terengganu.

01/04/2026

32 Tahun 4 Bulan Dedikasi & Kepimpinan

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja GPQ Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Encik Mohd Zulkifli bin Yusof, Ketua Bahagian Projek GPQ,
atas 32 tahun 4 bulan perkhidmatan beliau bersama syarikat.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada tahun 1995, sebelum menyandang jawatan Pengurus Operasi dan Pembinaan, seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Projek.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek, menyelia subkontraktor serta memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut spesifikasi, jadual, piawaian SOP dan sistem ISO yang ditetapkan.

Sumbangan, kepakaran dan kepimpinan beliau telah memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan pelbagai projek syarikat serta pembangunan organisasi secara keseluruhan.

Seiring dengan persaraan beliau yang berkuatkuasa pada 31 Mac 2026, pihak syarikat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Terima kasih dan selamat bersara Encik Mohd Zulkifli bin Yusof.

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Wisma GPQ, Lot 4564, Desa MPKT, Tingkat 3-5, Chendering
Kuala
21080

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45