JPKK TASEK
07/03/2026
Alhamdulillah
Seramai 75 orang ahli qariah Masjid Kg Tasek yang terpilih melibatkan 5 JPKK iaitu JPKK Tasek, JPKK Wakaf Dua, JPKK Banggol Pak Ali, JPKK Padang Kabar dan JPKK Banggol Kapas masing-masing menerima sumbangan daripada Tabung Qariah Masjid Tasek sebanyak RM 300.00 sempena bulan Ramadhan ini.
Sumbangan itu adalah infak dari jemaah masjid dan orang ramai. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban untuk membuat persiapan hari raya Aidilfitri nanti dan menyediakan juadah berbuka puasa.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Masjid Kg Tasek iaitu Tuan Haji Juha Bin Pudin.
19/01/2026
https://vt.tiktok.com/ZSaL3FRXv/
Alhamdulillah
Bantuan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) daripada ECER telah diterima oleh Puan Siti Robiah Subihi binti Bota’ dari JPKK Kampung Tasek.
Bantuan ini merangkumi 1 unit kiosk, meja dan kerusi, dapur memasak, dapur goreng ayam, peti sejuk beku serta bahan mentah bagi memulakan perniagaan.
Terima kasih kepada ECER dan Pejabat Daerah Marang yang hadir membuat serahan bantuan pada hari ini dan terima kasih juga diucapkan kepada ustaz Faisal Mizan Ambak yang turut hadir mewakili Pejabat Dun Alur Limbat. Semoga bantuan ini memberi manfaat dan melancarkan usaha menjana pendapatan.
🙏
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kuala
21400