MPP KUIPs

MPP KUIPs

Share

22/02/2026

HEBAHAN BERITA DUKA & BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM MUHAMMAD KARIMIE

Assalamualaikum w.b.t.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa saudara Muhammad Karimie, pelajar Diploma Pengajian Islam (Semester 2) UNISIRAJ, telah kembali ke Rahmatullah.

Kehilangan seorang penuntut ilmu merupakan satu ujian yang berat buat kita semua, terutamanya bagi pihak keluarga.

Semoga setiap kebaikan yang dihulurkan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham Muhammad Karimie dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Sidang 2025/2026

Photos from MPP KUIPs's post 20/02/2026

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR UNISIRAJ ATAS KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH QARIAH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026M/1447H

Assalamualaikum wbt.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada tiga orang pelajar UniSIRAJ atas kejayaan meraih Johan dan Naib Johan dalam Musabaqah Qariah Tilawah Al-Quran sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026M/1447H.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti kecemerlangan mahasiswa UniSIRAJ bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam penghayatan serta penguasaan Al-Quran. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan yang seimbang antara ilmu dan tarbiyah.

Semoga Allah SWT terus memberkati usaha dan perjalanan kalian serta mengurniakan kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

“ESKALASI TSAQAFAH, MENYUBUR TARBIYAH”

Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Sidang 2025/2026

18/02/2026

HEBAHAN SAMBUTAN BULAN RAMADAN AL-MUBARAK ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluruh warga pelajar yang dikasihi,

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang mulia ini merupakan peluang terbaik untuk kita meningkatkan amal ibadah, memperbaiki diri serta memperkukuhkan hubungan sesama insan.

Sehubungan itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh warga kampus. Marilah kita bersama-sama merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan seperti berpuasa, membaca Al-Quran, bersedekah serta menjaga akhlak dan tutur kata.

Semoga Ramadan kali ini memberi ketenangan jiwa, keberkatan rezeki serta membentuk kita menjadi insan yang lebih bertakwa, berdisiplin dan prihatin terhadap sesama manusia.

Akhir kata, MPP mendoakan agar semua warga pelajar diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna sepanjang bulan yang mulia ini.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌟
Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

“ESKALASI THAQAFAH
MENYUBUR TARBIYAH”

Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN.

Want your university to be the top-listed University in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kolej Universiti Islam Perlis, Taman Seberang Jaya 3
Kuala
02000