FMPT Unisiraj
06/03/2026
Salam Nuzul al-Quran 1447H.
Peristiwa turunnya Al-Quran adalah rahmat terbesar buat umat Islam. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan Al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan. Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan.
Semoga Ramadan ini membawa keberkatan buat kita semua.
06/03/2026
PROGRAM FMPT FLYHIGH X KOPI FLYOVER PERKUKUH PROMOSI AKADEMIK MELALUI PLATFORM DIGITAL
5 Mac 2026 ,Fakulti Muamalat, Pengurusan dan Teknologi (FMPT) UniSIRAJ mengambil pendekatan unik melalui program FMPT Flyhigh X Kopi Flyover bagi meningkatkan keterlihatan fakulti kepada masyarakat. Inisiatif ini menggunakan sesi siaran langsung TikTok secara serentak dan edaran risalah di premis Kopi Flyover, selain menawarkan insentif kopi percuma bagi 10 pendaftaran awal kemasukan ke UniSIRAJ*sepanjang sesi live berlangsung sebagai daya tarikan kepada calon pelajar.
Program yang melibatkan penglibatan aktif mahasiswa sebagai duta fakulti ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan peluang pengajian, malah memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan sektor perniagaan tempatan. Melalui bimbingan barisan pensyarah dan penglibatan persatuan pelajar BASIS serta SMIF, kolaborasi ini diharap dapat menyebarluaskan maklumat pendidikan tinggi UniSIRAJ dengan cara yang lebih santai, interaktif, dan dekat dengan komuniti setempat.
DI SINI PENCINTA SUNNAH DILAHIRKAN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Kuala
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |