Islah Centre
27/11/2025
[ KLINIK BACAAN DALAM SOLAT ]
🗓️ 25 & 26 November 2025
Alhamdulillah, takwim bagi November 2025 diteruskan lagi dengan program Klinik Bacaan Dalam Solat yang telah diadakan selama dua hari bermula 25 November (Selasa) dan 26 November (Rabu).
Program yang dijalankan secara bersemuka dan atas talian ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi kesempurnaan Rukun Solat termasuk bacaan-bacaan khusus dalam solat serta perkara-perkara sunat.
Semoga dengan perkongsian daripada guru-guru yang terlibat dapat memberikan manfaat buat semua, insya-Allah.
✨✨✨
13/10/2025
MINGGU PENGUKUHAN TAJWID TAHUN 2025
Alhamdulillah pada bulan September yang lalu pelajar-pelajar Akademi Al-Quran AIYT telah mengikuti program Minggu Pengukuhan Tajwid yang merangkumi :
✔️ Perkongsian mengenai tajuk-tajuk asas dalam bacaan al-Quran
✔️ Ujian kefahaman berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan
✔️ Perbincangan jawapan ujian bagi tujuan pengukuhan
Semoga pelajar-pelajar AQAIYT diberi kefahaman dan mengekalkan semangat masing-masing dalam menimba ilmu, insya-Allah ✨
30/12/2024
[ UJIAN TAHUNAN 2024 ]
Alhamdulillah, pada minggu lepas bertarikh 16 sehingga 19 Disember telah berlangsungnya Ujian Tahunan kepada semua pelajar-pelajar Akademi Al-Quran AIYT bagi sesi pengajian 2024.
Ujian tersebut merangkumi ujian bacaan, ujian Tajwid serta ujian Fardhu Ain yang merupakan komponen asas dalam silibus pengajian di akademi kami.
Analisa pemarkahan yang diambil adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar bagi mempertingkatkan lagi mutu penyampaian pengajar terutamanya untuk sesi pengajian akan datang.
Terima kasih kepada ibu bapa dan para pelajar atas kerjasama yang cukup cemerlang. Semoga usaha ini dapat membantu tingkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu al-Quran, insya-Allah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Lapangan Terbang
Kuala
21300
Opening Hours
| Monday | 18:00 - 21:30 |
| Tuesday | 18:00 - 21:30 |
| Wednesday | 18:00 - 21:30 |
| Thursday | 18:00 - 21:30 |
| Sunday | 18:00 - 21:30 |