FinHack.My
Price skimming: Hari pertama launch harga 5999, dah dua tiga bulan jadilah harga 4k. Strategi terbaik produk teknologi. Syarat: High Demand macam Apple...
09/09/2021
"OK KE AKU LETAK SERVIS TUTOR / AJAR NGAJI / POTONG RUMPUT DAN LAIN² DENGAN HARGA NI EH ??" (PSIKOLOGI HARGA PART 3)
Soalan ni selalunya memang akan keluar terutamanya dari orang yang baru nak mula-mula niaga.
....
Bila tengok, compare dengan pesaing yang lain. Ada yang buang harga kaw². Macam mana??
....
Sebenarnya TAK SALAH anda letakkan harga yang anda rasa sesuai dan berpatutan, biarpun berbeza dengan yang lain. Sebab apa :-
1. Anda telah buat pengorbanan yang tidak sedikit untuk belajar kemahiran tersebut. Masa, tenaga dan komitmen. At least, biarlah pengorbanan anda berbaloi.
2. Dengan cara buang harga itu, anda sebenarnya sampaikan mesej bahawa servis dan nasihat anda KURANG BERNILAI. Justeru, tidak ramai yang akan hargai, apatah lagi patuh pada apa yang anda nasihatkan.
3. Sentiasa ada dalam niche anda itu orang yang letak harga murah dan mahal. Lagi mahal dari anda pun ada. So pandai-pandailah posisikan diri anda dalam niche itu. Jadilah seorang expert, orang tak akan kisah membayar anda.
Yakin dan bertanggungjawablah dengan harga yang anda letak. Kalau anda rasa value yang anda bawa dan kedudukan anda itu firm dan mampu meyakinkan pelanggan, dipersilakan.
"Don't Talk Price. Always Talk Value" - Vusi Thembekwayo
Kredit : Gambar Ihsan Google
06/09/2021
PSIKOLOGI HARGA PART 2
Ada 7 prinsip perletakan harga yang diterangkan dalam buku The Psychology of Price oleh Leigh Caldwell iaitu:-
1. Perletakan harga adalah berdasarkan kepada value yang anda bagi pada customer, bukan berdasarkan kos anda
2. Harga adalah sesuatu yang 'tangible'. Dengan erti kata lain, ia boleh dikuantitikan dan dihitung. Supaya pelanggan boleh lihat apa yang mereka dapat, berdasarkan harga yang mereka bayar
3. Harga yang anda letak adalah nilai yang boleh dibandingkan, pada ciri yang anda boleh kawal
4. Jika anda nak ubah harga yang anda letak, maka anda perlu strukturkan semula produk atau servis anda
5. Perbezaan harga adalah kunci utama kepada penjanaan keuntungan
6. Bentuk komunikasi perletakan harga ini akan mencipta persepsi kepada pelanggan tentang nilai sesuatu produk atau servis
7. Anda harus bersedia untuk kehilangan 'sale' yang sedikit untuk meningkatkan keuntungan anda
30/08/2021
Tapi peluang itu bukanlah sesuatu yang selalu hadir.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan 11/56, AU3
Kuala Lumpur
54200