NADI PPR Raya Permai

NADI PPR Raya Permai

Share

23/05/2026

1.2 BILION MANUSIA HIDUP DENGAN GANGGUAN MENTAL

Kajian terbaru The Lancet melaporkan hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia hidup dengan gangguan mental pada tahun 2023. Angka ini hampir dua kali ganda berbanding tahun 1990.

Paling banyak meningkat ialah anxiety dan kemurungan.

Lebih membimbangkan, beban gangguan mental kini paling tinggi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun. Usia yang sepatutnya sedang membina keyakinan diri, mengenal dunia dan merancang masa depan, tetapi ramai sedang bergelut dengan resah, tekanan dan rasa tidak mampu yang mereka sendiri susah nak jelaskan.

Ini bukan sekadar angka dalam jurnal.

Ini mungkin anak yang makin senyap di rumah. Pasangan yang nampak biasa, tetapi kepalanya tidak berhenti berfikir. Rakan sekerja yang masih datang bekerja, masih tersenyum, masih jawab “saya okay”, tetapi sebenarnya sedang memujuk diri untuk bertahan hari demi hari.

Dunia hari ini bergerak terlalu laju. Kos hidup, tekanan kerja, konflik keluarga, trauma, kesunyian, media sosial, kurang tidur dan rasa dibandingkan setiap masa - semua ini boleh menjadi beban yang tidak nampak pada wajah.

Sebab itu kita perlu berhenti menganggap masalah mental sebagai “lemah iman”, “manja”, “terlalu fikir” atau “kurang bersyukur”.

Kadang-kadang orang yang sedang bergelut bukan mahu perhatian. Mereka cuma mahu didengari tanpa dihukum. Mereka mahu ruang untuk berkata, “saya tak okay,” tanpa terus dibalas dengan ceramah.

Kalau ada orang di sekeliling kita berubah menjadi pendiam, mudah marah, hilang minat, susah tidur, terlalu cemas atau mula menjauh, jangan terus label. Dekati dengan lembut.

Tanya khabar. Duduk sekejap. Dengar dulu.

Dalam dunia yang semakin ramai orang sedang sakit dalam diam, kebaikan kecil daripada kita mungkin menjadi ruang pertama untuk seseorang rasa dia masih tidak keseorangan.

07/05/2026

Rakyat Malaysia disaran memanfaatkan saringan kesihatan percuma sebagai langkah awal mengesan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang disifatkan sebagai “kad laporan” status kesihatan individu sebelum komplikasi serius berlaku.





KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


PPR Raya Permai, Blok A, Jalan Landai Permai, Sungai Besi
Kuala Lumpur
57100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00