LPI Pusat
02/06/2026
✨[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEMENANGAN DIUCAPKAN KEPADA LAJNAH PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA SESI 2025/2026]✨
Dengan sukacitanya Lajnah Pendidikan Islam Universiti Malaya mengucapkan syukur, syabas dan tahniah kepada semua wakil Lajnah Pendidikan Islam dalam dua pertandingan besar di peringkat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Lajnah Pendidikan Islam Universiti Malaya telah memperoleh dua kemenangan dengan membawa gelaran Johan Keseluruhan bagi pertandingan Inter-Department Sport APIUM (INDEPS 4.0) dan Festival Kesenian Dan Budaya Malaysia (FKISBUM 4.0) pada sesi 2025/2026 ini.
Dengan kemenangan yang membanggakan ini menunjukkan bahawa bakal guru begitu kompeten dan aktif serta seimbang dalam bidang akademik dan sukan.
Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk semua.
"𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘶𝘬𝘶𝘩 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦, 𝘔𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘜𝘬𝘩𝘶𝘸𝘢𝘩, 𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘚𝘢𝘩𝘴𝘪𝘢𝘩"
02/06/2026
✨ [RANGKUMAN : PROGRAM EDU-HIKE ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF SUKAN DAN REKREASI LAJNAH PENDIDIKAN ISLAM] ⛰️🍃
Alhamdulillah, program Edu-Hike telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2026 di Bukit Batu Putih, Port Dickson dalam suasana penuh semangat, kesungguhan dan kebersamaan 💚
Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk kecintaan mahasiswa/i Lajnah Pendidikan Islam terhadap alam sekitar melalui pendedahan dan pengalaman langsung dengan alam semula jadi, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi yang mencabar bagi membina ketahanan fizikal dan mental serta mengukuhkan semangat kerjasama berpasukan. Program ini juga menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti luar yang dapat meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan diri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini sama ada sebagai urus setia mahupun peserta. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan berharga serta memberi manfaat dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan diri ❤️
"𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘶𝘬𝘶𝘩 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦, 𝘔𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘜𝘬𝘩𝘶𝘸𝘢𝘩, 𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘚𝘢𝘩𝘴𝘪𝘢𝘩"
-Hike
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Website
Address
Aras 4, Blok A, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603