Addin Property
07/06/2020
Satu peluang yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang ingin memiliki rumah sendiri...
Rebut peluang yang ada...
11/03/2020
NOTIS MAKLUMAN
Makluman awal kepada para pelanggan LPPSA, penutupan sementara portal bagi tujuan penyelenggaraan perkhidmatan SMS untuk menaik taraf Aplikasi Firewall, penyelenggaraan bangunan (Load Test) dan penyelenggaraan pangkalan data akan dilaksanakan bermula 13 Mac 2020 (Jumaat), jam 11.00 malam hingga 14 Mac 2020 (Sabtu), jam 8.00 malam. Sila rujuk pada Notis Makluman tertera bagi maklumat lanjut.
12/01/2020
Boleh kah anda mencabar Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika TNB berniat menempatkan laluan pencawang elektriknya di atas tanah anda?
Berdasarkan seksyen 11 Akta Bekalan Elektrik 1990, pihak TNB perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa negeri (Kerajaan Negeri) sebelum boleh meneruskan projeknya di atas sesebuah tanah.
Di sini, jika pihak TNB berniat untuk memacakkan pencawangnya di atas tanah milik individu, satu notis hendaklah dikeluarkan kepada Pejabat Tanah dan juga kepada pemilik tanah tersebut.
Sekiranya pemilik tanah mempunyai bantahan terhadap permintaan TNB tersebut, pemilik tanah boleh mengemukakan bantahan kepada Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah di kawasan terbabit dengan mengisi borang yang sesuai.
Pejabat Tanah seterusnya akan mengadakan sesi perbicaraan atau pendengaran di antara pemilik tanah dan pihak TNB. Pemilik tanah boleh mengemukakan alasan mengapa mereka membantah projek tersebut dan jumlah kerugian yang perlu dipampas oleh pihak TNB kepada pemilik tanah.
Bayaran pampasan akan ditentukan selepas sesi pendengaran dijalankan. Di dalam kes Fairise Odyssey Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Berhad (2011), Plaintiff merupakan pemilik tanah baru di Tampin, Negeri Sembilan yang diperolehinya dari pihak berkuasa negeri.
Sebagai pemilik tanah baru, Plaintiff mendapati di tanahnya terdapat laluan kabel elektrik yang disokong oleh menara pencawang TNB.
Tidak puas hati dengan situasi itu, pihak Plaintiff telah menyaman TNB atas asas bahawa TNB gagal memperolehi kebenaran bertulis daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mendirikan projek kabel elektrik di atas tanah tersebut.
Mahkamah memutuskan bahawa pihak TNB tidak perlu mendapat kebenaran bertulis tetapi hanya memadai sekadar kebenaran secara lisan dan secara perbuatan (conduct).
Memandangkan kerajaan negeri tidak pernah membantah projek TNB tersebut, mahkamah berpendapat kelulusan sudah pun diberikan secara anggapan dan tambahan p**a Akta tidak mewajibkan ‘kebenaran bertulis’ tetapi hanya sekadar ‘kebenaran’ sahaja.
Namun jika anda sebagai pemilik baharu tanah yang terjejas akibat laluan kabel elektrik TNB, ingin mengalihkan laluan tersebut ke tempat lain, adakah anda boleh berbuat demikian?
Ya, sememangnya anda boleh meminta kepada TNB untuk mengalihkan laluan kabel elektrik terbabit di bawah Seksyen 14 Akta Bekalan Elektrik 1990.
***
Join group ‘PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA 🇲🇾’ jika anda mempunyai persoalan berkaitan hak dan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. This is No.1 legal support group in Malaysia 🇲🇾! Click to join now!👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/groups/332053270624408/
Subscribe to our Youtube channel 📺
https://www.youtube.com/channel/UCcaRJOZOn47_JQDsfE8pE7A
Follow us on Instagram 📷
instagram.com/jumpakatmahkamah
Follow us on Twitter 🐦
twitter.com/JumpaKatCourt
Visit our website 🌐
jumpakatmahkamah.blogspot.com
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
43300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |