Menara Optometry Mid Valley

Menara Optometry Mid Valley

Share

Photos from Menara Optometry Mid Valley's post 04/07/2026

Ada bayi lahir terus dengan katarak.
Ya, seawal itu.

Bukan bayi je. Orang muda pun boleh kena.

Kecederaan mata boleh jadi puncanya. Begitu juga kencing manis, terutama bila bacaan gula dalam darah tak terkawal dan sentiasa tinggi, katarak boleh datang lebih awal.

Ada punca yang kita tak boleh elak. Tapi yang datang dari gaya hidup, masih dalam kawalan kita. Jaga kesihatan dan pemakanan, buat pemeriksaan berkala, termasuk pemeriksaan mata untuk kesan apa-apa lebih awal.

Dan ini yang kami boleh bantu.
Setiap hari Ahad, saringan katarak PERCUMA di Menara Optometry Mid Valley menggunakan pemeriksaan slit lamp. Kami kesan tanda awal katarak dan masalah mata lain.
Tempah slot anda sekarang. Tekan butang WhatsApp di bawah, kami balas segera.

Menara Optometry Mid Valley
LG-017, Mid Valley Megamall

Shared by Muhammad Hazwan
UV/Cataract Series

25/06/2026

Prescription swim goggles, if you wear glasses ๐Ÿฅฝ

Underwater, things look about 33% bigger and 25% closer. The trick is knowing which power to pick. Quick guide in the video ๐Ÿ‘†

Not sure of your power? Comment "SWIM" or DM us, we'll help. Or check with your usual optometrist, or come see us at Menara Optometry Mid Valley.

02/06/2026

MyopiaCARE Series ยท Post 02

Pernah tertanya, kenapa bacaan power berbeza setiap kali anda periksa mata di kedai yang berlainan?

Kedai A bagi -2.00. Kedai B bagi -3.50. Yang mana satu betul?

Atau kadang-kadang, mesin bagi power -2.00, tetapi anda rasa macam nampak jelas je.

Jom, saya terangkan.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Jawapannya bukan kerana kedai menipu, dan bukan kerana mesin rosak. Ia tentang cara mata kita berfungsi.

Mata kita mempunyai satu sistem auto-fokus. Sama seperti kamera telefon yang melaraskan fokus secara automatik apabila kita mengambil gambar objek yang dekat.

Sistem ini dipanggil accommodation.

Accommodation ini dikawal oleh otot fokus di dalam mata, yang dipanggil ciliary muscle. Otot ini berbeza daripada extraocular muscle, iaitu otot yang menggerakkan biji mata. Sifatnya mudah: ia boleh contract dan relax.

Otot ini mengawal bentuk kanta mata. Apabila kanta menjadi lebih cembung, kuasanya bertambah (lebih plus). Apabila kanta menjadi lebih l***r, kuasanya berkurang (kurang plus).

Maka apabila kita memandang objek dekat, otot fokus contract, kanta menjadi lebih cembung, dan kuasa plus bertambah. Itulah yang membuatkan objek dekat kelihatan jelas.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Sekarang, cuba ingat gambar di dalam mesin tersebut. Biasanya sebiji belon udara, atau sebuah rumah di hujung jalan.

Pernah terfikir kenapa gambarnya selalu macam tu, bukan gambar lain?

Gambar itu bukan sekadar hiasan. Ia diletakkan untuk "menipu" mata anda supaya berasa seperti sedang memandang jauh.

Dalam masa yang sama, mesin akan mengaburkan gambar tersebut (fogging) supaya accommodation anda relax, dan bacaan menjadi lebih hampir dengan power sebenar.

Dan di sinilah masalahnya. Walaupun fogging tadi cuba buat mata relax, accommodation kita masih boleh aktif dengan sendiri, tanpa kita sedar. Jadi dalam sesetengah kes, mata tak relax sepenuhnya.

Bagi kanak-kanak, ini lebih mudah berlaku. Sistem fokus mereka memang sangat aktif secara semula jadi.

Itulah sebabnya bacaan mesin paling mudah tersasar pada kanak-kanak. Tanpa cycloplegic, mesin cenderung baca power lebih tinggi (lebih minus) daripada yang sebenar.

Memang ada mesin yang lebih canggih sekarang, seperti open-field autorefractor, yang dapat mengurangkan masalah ini. Tetapi mesin begitu biasanya mahal, dan walau secanggih mana sekalipun, ia tetap tidak dapat merehatkan accommodation sepenuhnya.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Sebab itulah, khususnya untuk kanak-kanak, gold standard untuk mengukur power sebenar ialah cycloplegic refraction. Ia menggunakan ubat titis (cycloplegic) yang merehatkan otot fokus untuk seketika. Apabila otot fokus benar-benar rehat, ia tidak lagi mengganggu bacaan, dan power sebenar dapat diukur dengan lebih tepat.

Namun, penggunaan ubat titis ini bergantung pada skop amalan dan tetapan klinikal. Bagi optometris yang tidak berada di hospital, ada kaedah alternatif yang kami dilatih khusus untuk mengawal auto-fokus semasa pemeriksaan. Walaupun begitu, untuk sesetengah kes, kami tetap akan merujuk pesakit untuk cycloplegic refraction.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Kalau anda sendiri pernah keliru dengan bacaan power yang anda dapat, itu perkara biasa.

Jadi kalau anda di sekitar Mid Valley, singgah je ke Menara Optometry. Bawa sekali result mesin tu, dan kami boleh bantu terangkan, sambil buat quick check sama ada power anda betul-betul ada, atau betul-betul dah naik.

Jangan risau, saringan ringkas ni percuma.

Sempena cuti sekolah ni, ambil peluang bawa anak ke outlet kami untuk satu pemeriksaan mata yang menyeluruh.

Sharing by:
Muhammad Hazwan
Optometrist, Menara Optometry MDV

31/05/2026

SUN-DAY SHIELD SERIES ยท POST 01

Kita tinggal di garisan khatulistiwa.
UV tinggi sepanjang tahun. Bukan musim panas sahaja.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Ramai yang menganggap katarak adalah penyakit orang tua.
Umur 70-an, 80-an. Apabila penglihatan makin kabur,
cermin mata tidak lagi membantu,
barulah menjalani pembedahan katarak.

Tetapi, sepanjang saya berpraktis sebagai optometris,
saya selalu jumpa pesakit dalam lingkungan 40-an, awal 50-an,
yang sudah mula menunjukkan tanda awal katarak.

Kenapa?

Jawapannya mungkin terletak pada satu perkara
yang kita anggap biasa setiap hari. Matahari.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Sebenarnya, katarak ini sebahagian daripada proses penuaan.
Lambat laun, kebanyakan orang akan mengalaminya.
Itu memang fitrah.

Cuma, pendedahan UV jangka panjang boleh menjadikan ia datang
lebih awal daripada yang sepatutnya.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Malaysia terletak antara 1ยฐ hingga 7ยฐ utara garisan khatulistiwa.
Maknanya, UV Index di negara kita tinggi sepanjang tahun.
Bukan musim panas. Bukan bulan tertentu.
Setiap hari.

Sebagai panduan umum, UV Index harian:

โ€ข Negara empat musim (UK, Jepun musim sejuk): 1โ€“3
โ€ข Negara empat musim (musim panas puncak): 6โ€“8
โ€ข Malaysia (tengah hari biasa): 9โ€“11+

Orang Malaysia terdedah kepada UV yang tinggi
hampir setiap hari dalam setahun.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

"Tapi saya mostly dalam office atau rumah.
Keluar pun sekejap dan tak lama.
UV tak kena saya kot?"

Ada betulnya.

Namun, ada beberapa perkara yang ramai tidak sedar:

โ€ข Tingkap pejabat dan cermin kereta biasanya
lebih banyak menghalang UVB berbanding UVA.
โ€ข UVB banyak diserap oleh kornea sebelum sampai ke kanta mata.
โ€ข UVA p**a boleh menembusi lebih dalam,
dan kanta mata menyerap sebahagiannya.
โ€ข Sebab itu, pendedahan UV jangka panjang tetap relevan
walaupun kita bukan bekerja di luar.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Kebanyakan kajian besar menunjukkan bahawa pendedahan UV jangka panjang
dikaitkan dengan peningkatan risiko katarak.

Tetapi jangan risau.

Katarak adalah proses yang berlaku secara perlahan.

Penggunaan cermin mata dengan perlindungan UV 400 (100% UV)
boleh membantu mengurangkan pendedahan UV pada mata.

Ini penting kerana pendedahan UV jangka panjang adalah salah satu
faktor risiko yang dikaitkan dengan katarak.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Untuk anda yang berusia lingkungan 40 tahun ke atas.

Jika anda tertanya-tanya sama ada anda sudah ada katarak,
jemput singgah ke Menara Optometry Mid Valley.

Kami menjalankan saringan katarak percuma setiap hari Ahad.

Shared by Muhammad Hazwan
Optometrist, Menara Optometry Mid Valley

Reference disclosure: Based on clinical information from
WHO Global Solar UV Index guidance, National Eye Institute,
American Academy of Ophthalmology, Taylor et al. (NEJM, 1988),
and recent ophthalmology literature on UV exposure and cataract risk.

21/05/2026

Jangan pakai saline!

Untuk cuci atau rendam contact lens anda.

Ramai pemakai masih buat kesilapan ini.

Saline hanya untuk bilas. Bukan untuk cuci. Bukan untuk rendam.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Apa ada dalam saline?

Air + garam + buffer.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Apa ada dalam MPDS?

Air + garam + buffer + disinfectant (bunuh kuman) + surfactant (tanggalkan kotoran) + chelating agent (pecahkan protein).

Nampak kan perbezaan dia?

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Untuk mendapat label MPDS, sesuatu produk kena lulus ujian piawai antarabangsa ISO 14729.

1) Keupayaan bunuh 3 jenis bakteria โ€” Staphylococcus, Pseudomonas, Serratia

2) Keupayaan bunuh 2 jenis kulat โ€” Candida, Fusarium

3) Tahap pengurangan kuman mesti capai standard minimum dalam masa yang ditetapkan

4) Diuji dengan kewujudan "organic soil" (bahan organik), bukan dalam keadaan steril makmal sahaja

Itu yang menyebabkan MPDS sesuai digunakan untuk penyimpanan dan pencucian contact lens.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Apa boleh jadi kalau guna saline je?

Risiko contact lens complication.

Latest case saya jumpa: pemakai contact lens datang dengan complaint mata merah dan penglihatan kabur sejak beberapa hari.

Bila diperiksa, power minimum sahaja. Tapi kornea dah ada luka (corneal staining)

Bila diselidik, rupanya colored contact lens wearer (plano, tanpa power).

Tanya lagi cara penjagaan, dia tunjuk gambar saline.

Mujur tak kena infection. Ni belum masuk cerita cara cuci dan simpan macam mana ๐Ÿ˜…

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Ringkasnya:

โœ— Saline = untuk bilas sahaja
โœ“ MPDS = untuk cuci, basuh, dan rendam

Memang MPDS lebih mahal sedikit. Tapi kos rawatan jangkitan mata jauh lebih mahal. Belum kira risiko penglihatan.

Kalau tak pasti solution di rumah jenis apa, tunjuk gambar. Boleh kami semak.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

Jaga mata, sayangi mata.

Kalau ada keraguan apa-apa berkenaan contact lens, jumpa optometris anda. Atau singgah ke mana-mana cawangan Menara Optometry.

Shared by Muhammad Hazwan
Optometrist, Menara Optometry Mid Valley

CONTACT LENS SERIES ยท POST 02

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


LG-017, LOWER GROUND (NORTH COURT) MID VALLEY MEGAMALL
Kuala Lumpur
59200

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00