JSI

JSI

Share

29/07/2019

“Assalamualaikum abah, laptop abang problem tiba-tiba tak boleh on. Bila cek hantar kedai, ada masalah virus dan motherboard abah.”
“Abang jangan risau ya, nanti beritahu abah kalau abang tak cukup abah tambah nanti.”

Kalau dulu abah ada, abah lah satu-satunya tempat untuk abang berharap minta bantuan. Sekarang abah dah tiada. Giliran abang p**a bertanggungjawab membela keluarga. Tapi abang tak sekuat abah. Abang baru nak merasai ujian dalam pekerjaan. Bagaimana cara lagi abang boleh membantu keluarga kita?

Tiada lagi suara girang dan gelak ketawa abah. Daripada abang kecil abah s**a bawa abang dengan adik pergi mandi pantai bila balik kampung. Kini, tiada lagi keseronokan berkelah di tepi pantai bersama abah setiap kali abang balik cuti semester. Abang rindu abah.. Abang janji akan jaga mak dan adik-adik semampu abang, sekuat abah menyara abang ketika susah dulu.

Terima kasih abah berbekalkan sedikit simpanan abah untuk abang dan keluarga. Tidak sangka abah mengambil plan takaful untuk perlindungan kami. Alhamdulillah abah, Allah permudahkan urusan saat abah pergi meninggalkan kami dengan membuat hibah dan peninggalan sama adil telah abah laksanakan sebelum abah pergi. Abang pun nak buat hibah seperti abah bila dah berjaya nanti. Hebatnya abah.

Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.

10/07/2019

Dulu masa ngeteh terjumpa kawan satu taman. Lelaki, umur 44 tahun, bekerja sebagai Marketing Manager. Masa jumpa itulah dia mengadu masalah dia, mohon Takaful asyik kena reject saja sebab badan dia obes BMI 43. Maklum jela, kerja buat marketing dan sales ini selalu stress kena kejar target. Itu yang kuat makan sampai terjadi OBES tanpa sedar. Aduii 😅

Dia kata,
"Aku dok risau, kalau aku simpan RM750 sebulan pun dekat bank, setahun dah RM9,000. Kalau 20 tahun menabung sekurangnya ada dalam RM180,000 dah. Masalahnya, aku sangat risau kalau jadi apa-apa kat aku sebelum aku dapat kumpul sampai 20 tahun. Setakat duit yang aku simpan sekarang ini berapa je ada. Sampai bila boleh bertahan? Hang ada cara tak nak tolong aku?" tanya dia sambil mengeluh.

Lihat senyuman di bibir boleh nampak tetapi peritnya kesusahan yang dialami tak siapa yang tahu. Mujur Allah temukan saya dengan dia dan membuka hati beliau untuk kongsi masalah tanpa selindung. Allahu akbar, saya dapat merasai beban yang beliau tanggung demi menyara keluarga.

Jawapan saya…
“Mati itu datang tak kira masa. Bila-bila masa dan di mana sahaja boleh dicabut nyawa andai telah ditakdirkan.” Apa yang perlu difokuskan sekarang agar tidak terus di laluan yang sama ialah saya nasihatkan beliau untuk UBAH cara financial planning dari simpan sedikit demi sedikit untuk bina harta, adalah lebih baik beliau BINA harta dulu baru buat SIMPANAN sedikit demi sedikit.

Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.

04/07/2019

Puan Salmah seorang kerani sebuah syarikat ternama yang kuat bekerja walaupun usia beliau baru 40-an. Beliau mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah dan sedang melanjutkan pengajian ke universiti. Tapi semenjak suami beliau meninggal dunia, segala pengurusan hal keluarga jatuh ke atas bahu beliau seorang. Puan Salmah runsing memikirkan tahap kewangan keluarga beliau. Beliau sering bersendirian dirumah bila tidak bekerja. Terlalu banyak perkara yang perlu beliau fikirkan dan selesaikan secepatnya.

Selama tempoh beliau menjadi seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami disisi, selain bekerja sebagai kerana beliau juga mengambil upah menjahit baju. Hal demikian Puan Salmah sering menghabiskan masa dirumah menguruskan hal rumah dan menjahit baju tempahan oleh jiran dan kenalan. Upah menjahit beliau tidak terlalu banyak malah mengikut kehendak pelanggan. Andai banyak tempahan banyaklah bayaran yang diterima sehingga terpaksa berjaga lewat malam untuk menyiapkan tempahan.

Tahap kewangan Puan Salmah p**a tidaklah terlalu tinggi tetapi dengan wang hasil titik peluh itulah beliau menyara anak-anak beliau yang masih sekolah. Puan Salmah takkan membiarkan anaknya tertinggal pelajaran dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka. Belanja pengajian bukanlah murah malah harga buku juga bukan murah dan senang dapat. Apalagi kehendak si kecil yang masih sekolah rendah ada pelbagai karenah.

Rumah dan kereta adalah harta peninggalan arwah suaminya. Mujur sahaja rumah telah langsai hanya tinggal bayaran bulanan kereta dan simpanan anak-anak yang perlu diberatkan demi masa hadapan. Ibu mana tidak sayang anak kan?

Mujur dengan adanya program jom selamatkan income membuat Puan Salmah yakin inilah program yang boleh menjamin kebahagiaan beliau sekeluarga andai beliau sudah tidak mampu lagi bekerja dan ketentuan Allah itu tidak siapa boleh jangka. Dengan berani Puan Salmah join Program JOM selamatkan INCOME ini bersama anak-anaknya berdaftar.

Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.

Want your business to be the top-listed Accountant in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Tingkat 7, 566 Wisma Kah Motor, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
51200