Kolej SPACE
30/06/2026
Para pensyarah Kolej SPACE telah menyertai Bengkel Outcome-Based Education (OBE) yang dikendalikan oleh Dr. Intan Afida dari UTM. Bengkel ini memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan OBE, khususnya dalam merancang, melaksanakan dan menilai pengajaran berasaskan hasil pembelajaran.
Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan pelbagai perkongsian ilmu, amalan terbaik serta panduan praktikal yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam usaha memperkukuh kualiti penyampaian akademik di Kolej SPACE.
Kolej SPACE sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan profesional warga akademik. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan untuk terus meningkatkan mutu pengajaran serta memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkualiti kepada para pelajar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Kolej SPACE, Tingkat 2 (Podium), Bangunan Residensi UTMKL, No 8 Jalan Maktab
Kuala Lumpur
54000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |