Pemuda Seputeh
21/04/2026
Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka!
Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan.
We want you. Kita mahukan anda.
Kerana UMNO adalah milik kita semua.
Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa.
Dulu, Kini & Selamanya.
Untuk yang berminat menjadi Ahli UMNO sila layari https://myumno.org/.
Bersatu • Bersetia • Berkhidmat
21/04/2026
Sistem pendaftaran ahli UMNO secara dalam talian terus menunjukkan momentum yang memberangsangkan dengan aliran kemasukan baharu yang konsisten.
Sehingga pagi ini (hari ke-2), dashboard pendaftaran merekodkan sebanyak 3,716 permohonan keahlian baharu dalam tempoh dua hari pertama. Satu petunjuk jelas bahawa minat dan keyakinan terhadap UMNO sedang kembali segar.
Saya menjangkakan trend ini akan terus meningkat dari hari ke hari, selari dengan kesedaran masyarakat terhadap keperluan sebuah wadah perjuangan yang stabil dan berakar.
Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar ahli-ahli UMNO mengambil peranan lebih proaktif dengan menjemput mereka yang berminat untuk hadir ke Persidangan UMNO Cawangan sebagai pemerhati.
Berikan mereka peluang melihat sendiri bagaimana perjalanan mesyuarat berlangsung dan bagaimana suara akar umbi diangkat dalam bentuk usul dan seterusnya diperakui untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk diperjuangkan.
Kadang kala orang luar bukan tak minat, cuma belum nampak bagaimana kita mencorakkan isi 'dalam rumah' tu.
Jika ruang ini kita buka dengan ikhlas, saya yakin ia mampu menjadi pintu masuk kepada lebih ramai golongan sasaran untuk bersama-sama memperkukuh perjuangan UMNO.
Bukan sekadar tambah angka tetapi bersama kita bina kekuatan.
Untuk yang berminat menjadi Ahli UMNO sila layari https://myumno.org/.
Bersatu • Bersetia • Berkhidmat
Datuk Razlan Rafii
Ketua Umno Bahagian Seputeh
12/03/2026
✨ Majlis Silaturrahim & Moreh
UMNO Bahagian Seputeh 2026
Alhamdulillah, majlis yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan berjaya menghimpunkan barisan kepimpinan serta ahli-ahli cawangan.
Semoga pertemuan ini terus mengukuhkan silaturrahim, mempererat perpaduan dan menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan warga UMNO Bahagian Seputeh.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. 🤝
22/02/2026
Hari ini Pemuda UMNO Seputeh bersama sayap-sayap dan kepimpinan bahagian telah mengiringi Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Hj Mohd Razlan bin Muhammad Rafii ke Majlis Santunan Kasih Ramadan.
Dalam suasana penuh keberkatan, kami bersama-sama berbuka puasa serta melakukan simbolik bagi program pertukaran Al-Quran lama kepada naskhah yang baharu di mana akan di adakan pada 7 Mac 2026 di Masjid Ma' Muniah Sungai besar.📖
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab pahala yang berpanjangan dan mengukuhkan ukhuwah sesama masyarakat.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi medan untuk kita menyemai kasih sayang dan kebersamaan.
18/02/2026
MARHABAN YA RAMADAN 1447H 🌙✨
Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan penuh keberkatan, bulan pengampunan dan bulan rahmat.
Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, menguatkan ukhuwah, serta menambah amal kebajikan demi agama, bangsa dan tanah air.
Moga setiap doa yang dipanjatkan diangkat ke langit, setiap kebaikan digandakan ganjarannya, dan setiap langkah menuju kebaikan dipermudahkan.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat seluruh umat Islam.
Ikhlas daripada
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Jalan Kuchai Jaya 1, Off Jalan Kuchai Lama
Kuala Lumpur
58200