The Rakyat Xpose

The Rakyat Xpose

Share

13/11/2025

Empat Perkara ‘Sensitif’ Dalam Perlembagaan Sebuah Parti Politik Dibongkar – NGO Mahu Siasatan Segera!

PUTRAJAYA, 13 Nov 2025 — Lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mendesak agar Perlembagaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dikaji semula, selepas didakwa bercanggah dengan beberapa peruntukan utama dalam Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan NGO tersebut diketuai oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Malaysia, Mohd Zai Mustafa (Cikgu Zai) bersama Presiden PERKASA, Tuan Syed Hassan Syed Ali, dan Presiden Negarawati Tanahair, Puan Bibi Sunita.

Menurut Cikgu Zai, semakan yang dibuat oleh panel peguam mendapati terdapat empat perkara dalam Perlembagaan DAP yang dikatakan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita melihat terdapat beberapa terma dalam Perlembagaan DAP yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kita minta ROS mengkaji semula dan memberi amaran agar perkara itu dipinda atau dibatalkan sekiranya terbukti bercanggah,” katanya kepada media di luar pejabat ROS hari ini.

Sementara itu, Tuan Syed Hassan menegaskan bahawa gabungan lebih 300 NGO yang hadir hari ini di bawah Sekretariat Penyelidikan UMMAH, Sekretariat Melayu Berdaulat dan Majlis Penyelaras NGO-NGO Melayu memberi sokongan penuh terhadap tuntutan berkenaan.

“Kami mahu hidup dalam negara yang harmoni dan menghormati asas Perlembagaan. Namun akhir-akhir ini kita lihat ada kecenderungan daripada pemimpin DAP untuk menyingkirkan kepentingan Melayu dan Islam dalam sistem politik negara,” tegas beliau.

Dalam masa yang sama, Puan Bibi Sunita membacakan memorandum rasmi yang menuntut ROS mengambil tindakan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) — yang memperuntukkan supaya mana-mana pertubuhan ditolak pendaftarannya sekiranya tujuan atau aktivitinya bertentangan dengan undang-undang, keselamatan, atau kepentingan negara.

Memorandum tersebut mendakwa Perlembagaan DAP melanggar empat prinsip utama Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3);

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak (Perkara 153);

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152); dan

Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung kedaulatan negara (Perkara 32 dan 38).

“Perlembagaan negara ini bukan boleh diubah sesuka hati. Ia menjadi mercu panduan kepada bentuk negara, budaya dan sistem pemerintahan kita. Kita mahu ROS tegas dalam hal ini,” jelas Bibi Sunita.

Gabungan NGO turut memberi amaran keras bahawa kegagalan ROS bertindak boleh mencetuskan preseden berbahaya yang akan membenarkan pertubuhan lain meniru tindakan sama pada masa hadapan.

Penyerahan memorandum ini berlangsung aman namun tegas, dengan kehadiran ratusan wakil NGO dari seluruh negara yang menunjukkan solidariti mempertahankan asas kenegaraan Malaysia.

22/09/2025

Lori Tayar pecah Kat highway PLUS hala utara…

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala Lumpur