Suara Rakyat FM
11/03/2024
Selamat kembali ke alam persekolahan buat anak-anak. Semoga sentiasa diiringi bimbingan dari Allah, dan sentiasa diniatkan kerana Allah.
Mudah-mudahan setiap jerih perih para ibu ayah yang berusaha menyekolahkan anak-anak di zaman serba mencabar ini diberkati Allah.
Semoga dilapangkan rezeki dan dimudahkan semua urusan kita menyediakan pendidikan terbaik buat anak-anak harapan ummah.
Doakan, dan beri kepercayaan kepada para guru untuk mendidik anak-anak kita. Tanpa melupakan, didikan terbaik tetap datangnya dari tarbiyah di rumah.
Sama-sama berganding bahu bersama para guru dalam pembentukan generasi yang berjaya dunia dan akhirat.
18/03/2022
11 - 12 2022
Dibumi Kemaman Trengganu.
Dan di Rantau Panjang Kelantan.
Bila Hati Berbicara..
12.3.2022
Biarkan Gambar Berbicara Menjentik Hatiπππgambar tetap dalam perjalanan anugerah untuk kita yang hidup sebagai kenangan dalam setiap perjalanan sentiasa menguatkan ingatan kita.. Kenangan yang terindah untuk dikenang.. πππππ
Perjalanan Wadah Insan Dibumi Kemaman Trengganu Dan Kelantan.Dalam Menyalurkan Bantuan Dan Sumbangan Mangsa Banjir Dan Mneyatuni golongan kategori miskin tegar dan menziarahi orang sakit.
Alhamdulillah Syukur dengan izin Allah perjalanan dan urusan kami dalam menyalurlkan bantuan dan sumbangan di kampung Tempurung dan kampung Pasir Minai Binjai di bumi Kemaman di Trengganu. Dan Wakil Kami Di Rantau Panjang Kelantan.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami dan mendapat kerjasama dari wakil penduduk sana En Mohd Shah Haru dan Cikgu Samiron....
Alhamdulillah kami dapat menyatuni pakchik samad yang terlantar sakit stroke dan menziarahi nenek yang menjaga enam cucu kehidupan yang agak daif dan sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan untuk menanggung enam orang cucu, bagaimana untuk nenek ini mengalas tanggungjawab dalam keadaan kudratnya dah uzur.. Tapi semangatnya kental luar biasa... Gembira dia menyambut kedatangan kami
Kami juga ziarahi bagaimana lima keluarga boleh hidup sebumbung dalam rumah yang agak kecik dan sempit. Allahuakabar..semoga ada sinar buat mereka dengan izin Allah. Moga ada pihak sana yang dapat memgambil tindakan membantu keluarga ini memdapat penepatan yang lebih selesa..
Sepanjang pengalaman saya dan team saya dalam kerja-kerja amal ini pertama kali perkara aneh berlaku.. Barang bantuan dan sumbangan yang diberi tidak luak, makin diberi makin bertambah dari mana datangnya sedangkan sudah sibuat pengasingan untuk wakil YB Dun sana. . Tu lah urusan Allah Alhamdulillah perjalanan yang menginsafkan saya dan team Wadah Insan..
Tidak luak harta jika kita sedekahkan makin banyak diberi makin bertambah rezeki. Allah lebih ketahui niat kita.. Walaupun banyak dugaan dan kecaman dengan hebat kami team Wadah insan akan terus melangkah demi sebuah perjuangan.. hidup ini satu perjuangan.. dengan izin Allah jua.Aamiin.
Wakil kami Wadah Insan En Rosli dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan diRantau Panjang diKelantan. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan kami dengan izin Allah. Terima Kasih Ya Allah atas aturan dan perjalanan kami.. Aamiin
Sama - sama kita berkongsi rezeki. Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Tak miskin kita jika selalu memberi dan bersedekah. Semakin banyak bersedekah semakin bertambah rezeki kita Aamiin
Harta itu Amanah dari Allah kena ingat ada hak orang lain dalam rezeki kita
Sesungguhnya rezeki manusia adalah rahsia Allah SWT yang kadang kadang kita alfa.
12. 3.2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kuala Lumpur
43200