BAKAT ATM

BAKAT ATM

Share

Photos from BAKAT ATM's post 16/04/2026

𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗠: 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

KUALA LUMPUR, 14 April 2026 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM telah mengadakan majlis bagi meraikan 45 orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada kalangan ahli BAKAT yang akan menunaikan ibadah Haji bagi Tahun 2026/1447H. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, YBhg Datin Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim.

Majlis telah dimulakan dengan alunan talbiah dan Asmaul Husna dengan penuh semangat dibawah pimpinan Kapt Fathia binti Abdul Muntalib dan Sjn Nuramalin binti Abdul Karim dari KAGAT.

Seterusnya bakal jemaah haji dan ahli BAKAT yang hadir turut disajikan dengan perkongsian bermanfaat berkenaan persediaan kesihatan dan tindakan pencegahan semasa melaksanakan ibadah haji kelak. Ceramah ini telah disampaikan oleh Lt Kol Dr Shazwani Liyana binti Syarifuddin dari 712 PPAT, Sg Besi.

Turut hadir mengimarahkan majlis ini adalah YBhg Datin Seri Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri, Pengerusi BAKAT Markas ATM, YBhg Datin Zailifah binti Ali mewakili Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, YBhg Datin Noriah binti Sahlan, Timbalan Pengerusi Jemaah BAKAT Laut dan YBhg Datin Dewimastura binti Tumiran mewakili Pengerusi Jemaah BAKAT Udara.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada semua bakal jemaah haji yang disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim.

Semoga semua bakal jemaah haji diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadah dengan tenang seterusnya mendapat haji yang mabrur.

Photos from Yayasan LTAT's post 10/04/2026
08/03/2026

"MEMARTABAT WANITA, MEMPERKUKUH NEGARA"

Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026 kepada para wanita hebat. Anda adalah kekuatan dalam sebuah keluarga apatah lagi negara. Teruslah beraspirasi, menyinari dunia dengan dedikasi dan menjadi sumber inspirasi.

Ikhlas Daripada:
Datin Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lorong Tumbok Lada Off Jalan Kubu, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634