IKRAM Setiawangsa
Nearby non profit organizations
8-A, Lorong Chow Kit, 4, Jalan Raja Laut
01/06/2026
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku!
Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sembah takzim daripada
IKRAM Kawasan Setiawangsa.
28/05/2026
🕌 10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026
Aidiladha 2026
Alhamdulillah, program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha telah berlangsung dengan lancar di Surau Jumaat Taman Setapak Jaya hasil kerjasama bersama IKRAM Setiawangsa.
Bagi menjayakan program ini, IKRAM Setiawangsa telah menyumbang seekor lembu korban serta menaja pakaian petugas buat mereka yang bertungkus-lumus sepanjang pelaksanaan ibadah korban.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YDP IKRAM Setiawangsa, En. Mohd Nasri Ishak, dan Pengerusi Surau Jumaat Taman Setapak Jaya, En. Mohd Azhar Mat Isa, atas sokongan, komitmen dan kebersamaan dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada seluruh petugas, peserta dan para penyumbang yang telah bersama-sama menghulurkan tenaga, masa dan sumbangan. Semoga setiap pengorbanan dan amal kebajikan ini diterima Allah SWT serta menjadi asbab dalam memperkukuhkan ukhuwah dan kebersamaan dalam masyarakat.
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.”
— Surah Al-Hajj: 37
25/05/2026
Titah Tengku Mahkota Pahang: Henti Mainkan Isu 3R!
Titah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15, satu teguran terbuka, jujur dan sangat jelas kepada ahli politik, pentadbir, agensi kerajaan malah seluruh rakyat Malaysia.
Baca artikel penuh di ruangan komen📲
21/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
No 5-2, 2nd Floors Jelatek Business Park, Jalan Jelatek 1, Setiawangsa
Kuala Lumpur
54200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |