Faiz Ismail
17/06/2026
Akhirnya. Puas tunggu dari pagi. Sabar itu indah
Assalamualaikum & selamat pagi fighter!
Semalam gold drop memang padu. Tapi bagi trader yang dah lama dalam market, benda macam ni bukan sesuatu yang pelik. Market takkan naik selamanya dan market takkan turun selamanya.
Bila berlaku drop besar macam ni, ada 2 benda yang trader kena buat:
✅ Jangan panic sell dekat bawah.
✅ Jangan terus hentam buy sebab rasa "murah".
Biar market tunjuk dulu ni sekadar correction atau betul-betul nak sambung junam.
Bagi Oppa, selepas kejatuhan besar macam ni, biasanya market perlukan masa untuk stabil. Akan ada fasa retracement, sideway, dan perebutan antara buyer dengan seller sebelum arah seterusnya jadi lebih jelas.
Trader yang untung bukan trader yang paling cepat masuk. Trader yang untung adalah trader yang sabar tunggu confirmation.
Jadi pagi ni,
Tenang.
Tunggu setup.
Jangan balas dendam dengan market.
Kadang-kadang peluang terbesar datang selepas market buat pergerakan paling ganas.
Semoga harini dipermudahkan urusan, dijauhkan daripada entry FOMO dan diberikan rezeki yang melimpah. Let's hunt pips, bukan kejar candle.
09/06/2026
Halu gaiss! Semalam Oppa tengok market nak sideway dulu so yes dia memang slow skit semalam. Pagi ni baru Oppa nampak setup.
Jadi sekarang ni market dah start pump ke atas. Cuma nak tunggu dia retrace dekat zone price action terdekat saja then tekan. Yang berani, nak masuk entry terpulang. Just kawal risiko dan ready topup kalau account tu burst. Okay? 😁
08/06/2026
Assalamualaikum dan selamat pagi fighter!🔥
Jangan mulakan hari dengan keraguan. Mulakan hari dengan keyakinan bahawa setiap usaha yang hang buat hari ni sedang membina kehidupan yang lebih baik untuk masa depan.
Takpa kalau orang lain nampak hang biasa-biasa. Yang penting hang tahu apa yang hang sedang kejar.
Teruskan melangkah.
Teruskan berusaha.
Teruskan berdoa.
Sebab kadang-kadang kejayaan tu bukan datang kepada yang paling kuat atau paling bijak, tapi kepada yang paling sabar dan paling konsisten.
Pagi ni, isi dada dengan semangat.
Isi kepala dengan impian. Keluaq berjuang seolah-olah hidup hang akan berubah hari ni.
Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dan diberikan tenaga untuk menakluk apa saja cabaran yang mai.
Selamat pagi, warrior! Hari ni kita kasi padu!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 22:00 |
| Tuesday | 07:00 - 22:00 |
| Wednesday | 07:00 - 22:00 |
| Thursday | 07:00 - 22:00 |
| Friday | 07:00 - 22:00 |
| Saturday | 10:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |