Permodalan RISDA Berhad
01/07/2026
29 Jun 2026 | RISDA Negeri Kelantan
Selepas Negeri Sabah, Permodalan RISDA Berhad (PRB) telah meneruskan sesi taklimat mengenai kemudahan produk pembiayaan kepada warga kerja RISDA Negeri Kelantan, yg telah diadakan di Pejabat RISDA Negeri Kelantan.
Program promosi produk pembiayaan yang dilaksanakan telah menerima sambutan yang amat menggalakkan, sekali gus mencerminkan minat serta keyakinan warga RISDA terhadap kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh PRB.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja RISDA Negeri Kelantan atas sambutan, kehadiran serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi taklimat berlangsung.
Insya-Allah, PRB akan terus memperluaskan program promosi produk pembiayaan ini ke seluruh negara sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kemudahan ini serta akses warga RISDA terhadap kemudahan pembiayaan yang disediakan.
Bersama-sama, kita memperkasakan masa depan dengan penyelesaian pembiayaan yang lebih mudah, pantas dan dipercayai melalui pembiayaan di Permodalan RISDA Berhad.
01/07/2026
Mesyuarat Lembaga Pengarah Permodalan RISDA Berhad Kali Ke-2/2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform penting dalam memperkukuh tadbir urus serta menetapkan hala tuju strategik organisasi.
Mesyuarat ini menjadi medan perbincangan yang konstruktif dalam menilai pencapaian semasa serta penambahbaikan secara berterusan, membincangkan agenda strategik serta merangka inisiatif baharu bagi memastikan Permodalan RISDA Berhad terus berkembang secara mampan, berdaya saing dan relevan dalam memenuhi keperluan pelanggan serta pihak berkepentingan.
Komitmen dan kerjasama erat daripada barisan Ahli Lembaga Pengarah bersama pihak pengurusan mencerminkan iltizam yang tinggi dalam memastikan setiap keputusan yang dibuat memberi impak positif kepada pertumbuhan organisasi serta menyokong aspirasi jangka panjang syarikat.
Semoga segala perancangan dan keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan dengan mencapai matlamat serta kejayaan, sekali gus memperkukuh peranan Permodalan RISDA Berhad dalam menyumbang kepada kejayaan Kumpulan RISDA.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Tingkat 14, Menara Korporat RISDA, Jalan Ampang Ulu 3, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
55000
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Tuesday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Wednesday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Thursday | 08:30 - 13:00 |
| 14:00 - 17:30 | |
| Friday | 08:30 - 12:15 |
| 14:45 - 17:30 |