Fifth Open Challenge
27/10/2022
Cukuplah Sekali Ditipu!
1. Apabila PH menjadi kerajaan selama 22 bulan, pelbagai dilema dan masalah “besar” dihadapi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
2. Dilema ini merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik. Pelbagai janji dimungkiri, pelbagai ucapan dikhianati atas alasan manifesto bukan kitab suci. Rakyat khususnya anak muda ditipu terang-terangan oleh gabungan yang mendakwa mereka adalah harapan baru rakyat Malaysia.
3. Realitinya, jauh panggang dari api. Sama ada di dalam atau di luar negara, dasar politik Pakatan Harapan nyata memberikan masaalah yang sangat besar kepada rakyat dan negara.
4. Dasar politik dalaman Pakatan Harapan jelas telah menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum. Mana mungkin kita lupa, ketegangan kaum yang cuba dicetuskan oleh Menteri Pakatan Harapan sendiri apabila menyatakan Melayu adalah pendatang.
5. Tuduhan mereka menyatakan UMNO adalah parti perkauman seolah-olah meludah ke langit. Barisan Nasional sejak berdekad lalu, berjaya mempertahankan keharmonian kaum dalam negara melalui koalisi yang padu antara UMNO, MCA & MIC.
6. Sektor ekonomi p**a, c**a marba dibuatnya. Pelbagai bantuan dan subsidi ditarik balik membuatkan rakyat marhaen terutama golongan petani dan nelayan yang susah menjadi bertambah susah.
7. Naratif yang dimainkan iaitu hutang negara berjumlah 1 Trilion Ringgit menyebabkan pelabur tidak mahu melabur di Malaysia sekali gus menjahanamkan FDI Malaysia.
8. Mudahnya, kegilaan Pakatan Harapan sepanjang menjadi kerajaan 22 bulan disumbangkan oleh rapuhnya gabungan tersebut. Bersatu dengan ideologi konservatifnya, PKR membawa pemahaman demokratik liberal ditambah dengan DAP yang demokratik sosialis menyebabkan rakyat menjadi mangsa kebobrokan ini.
9. Konteks Malaysia memperlihatkan perlunya kerajaan stabil yang mendapat mandat rakyat sekuatnya. Jangan diulang penggantian Perdana Menteri berulang kali dalam satu penggal yang sama. Malaysia perlu memilih kestabilan demi kemakmuran negara!
10. Oleh itu, rakyat jangan pernah lupa kerajaan Pakatan Harapan yang c**a marba ini. Jangan dipilih dan jangan diberi amanah mereka yang tidak tahu untuk memimpin. Cukuplah sekali, kita dibutakan dengan janji manis, kerana sesungguhnya terlalu manis itu punca segala kesakitan.
Seperti lirik lagu kugiran Masdo,
Tapi bila dah kenal lama,
Baru terlihat perangai sebenar,
Habis madu sepah dibuang,
Janji manis tinggal kenangan.
Itulah Pakatan Harapan, tak perlu kenal lama. Cukup 22 bulan, segala perangai sebenar dah dilihat. Ayuh semua, cukuplah sekali!
18/03/2019
“Winning isn’t everything, but wanting to win is.” – Vince Lombardi
18/03/2019
18/03/2019
“Winning isn’t everything, but wanting to win is.” – Vince Lombardi
@ Kompleks Futsal 1Malaysia
12/02/2019
FIFTH OPEN CHALLENGE Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya SUDAH MEMBUKA TIRAI BAGI LEMBARAN 2019 🎉
Pendaftaran dibuka sehingga 16 Februari2019. Semak poster & ayuh sertai kami!
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nombor yang tertera d bawah 📱📱📱: .
Zharif : 012-375 6253
Faerra : 019-809 6084
Suhaimi : 010-959 4010 .
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603