Paddock26
11/10/2025
Hi guys!
Hari ni kita share tips kalau nak hantar cat motor atau parts. Banyak dah motor yg saya tengok, kalau dah pernah cat jarang sekali semua skru, bolt&nut sama mcm asal..mesti dah bertukar atau paling tidak pun bertukar tempat.
Jadi sebolehnya kalau nak hantar parts sahaja, buka dulu semua bolt, nut, skru, dowel, grommet dll. Banyak tukang cat ni terus cat atas getah grommet tu, memang merekah la bila kita cat getah😄
Part2 yang ada lubang untuk bolt, mcm rim boleh letak dummy bolt supaya cat tak masuk sekali dalam lubang bolt. Kalau tak buat pun boleh je tapi lepas tu kena buang cat dalam lubang tu jadi leceh.
Balut Permukaan sensitif yg penting agar tak kena cat. Contohnya Permukaan antara disc dan rim, fuel pump dan tank, fuel cap, ABS sensor ring dan mcm2 lagi. Kalau tak buat nanti akan ada masalah leaking, error code dsb.
Contoh dlm gambar, rim mt25 yang dah dicat kita buang balik permukaan rim jadi disc akan melekat betul pada rim, untuk elakkan masalah di kemudian hari😄
23/09/2025
! S O L D !
Yamaha R25 V2 2019 for sale
Mileage 54k
Dah convert R3 hasil tangan Paddock26, dyno di D5 sentul dapat 45hp
Tuneboss, siap Quickshifter
R3 parts termasuk blok, head, complete dan resepi 45hp 😜
RCB footpeg
Akrapovic original full system exhaust
WRS windshield
Pakai minyak enjin Motul 300v
Rantai sproket RK
Lokasi Setapak KL.
18/09/2025
Gambar2 sekitar race superbike endurance kami pada 15Sept lepas, race berlangsung jam 1hingga 2 pagi dan keadaan cuaca yg hujan di pertengahan race dan juga blackout yg menjadikan race terpaksa dihentikan.
Alhamdulillah kami berjaya menamatkan perlumbaan di P5, dengan klac slipping dan juga brek depan yg lekat tapi kami masih berjaya menamatkan race!
08/09/2025
Race prep update!
Race dah nak dekat, jadi macam biasa last minit preparation kena ada hehe.
Kali ni kita cek brake pad.. agak paranoid sikit sebabkan ni race endurance pertama dengan motor ni jadi belum tahu lagi penggunaan brake pad..jadi nak selamat kita tukar baru!
Kami ada menjual brakepad untuk harian dan juga trek, dari jenama Goldfren!
Brembo M4 utk caliper depan dan nissin standard (buat masa ni) untuk belakang.
Anda mencari brakepad? Cuba wassap kami kalau anda mencari!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 6, Jalan Gombak, Batu 3 1/4
Kuala Lumpur
53000
Opening Hours
| Monday | 11:00 - 19:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 19:00 |
| Friday | 14:00 - 18:00 |
| Saturday | 11:00 - 18:00 |