UM Alumni
Jejak Kerjasama UM–UNIMAS di Bumi Kenyalang
Sempena pelancaran Alumni Chapter Sarawak Universiti Malaya pada 9 Jun 2026, Pusat Hubungan Alumni bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pembangunan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Kunjungan ini yang juga merupakan lawatan balas ke UNIMAS bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan hal ehwal pelajar dan alumni, di samping meneroka potensi kerjasama masa hadapan bagi meningkatkan keterlibatan pelajar dan alumni.
Delegasi turut berkesempatan melawat Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR PUTRA) serta menghadiri Program TRACE, iaitu ekspo kerjaya tahunan UNIMAS yang menghubungkan graduan dengan majikan daripada pelbagai sektor.
Secara keseluruhan, kunjungan ini berjaya mencapai objektif dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Universiti Malaya dan UNIMAS dalam memperkasa pembangunan pelajar serta alumni.
———
Ikuti kami di :
https://linktr.ee/officialalum
02/06/2026
🌾✨ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai ✨🌾
Pusat Hubungan Alumni, Universiti Malaya mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh *Alumni* Universiti Malaya yang meraikannya.
Semoga perayaan yang penuh makna ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan negara kita.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai.
🌾 Meraikan warisan, menghargai kepelbagaian, memperkukuh kebersamaan.
Ikhlas daripada:
Pusat Hubungan Alumni
Universiti Malaya
———
Ikuti kami di :
https://linktr.ee/officialalumnium
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Website
Address
Pusat Hubungan Alumni, Aras 1, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:30 |
| Tuesday | 09:00 - 16:30 |
| Wednesday | 09:00 - 16:30 |
| Thursday | 09:00 - 16:30 |
| Friday | 09:00 - 16:30 |