PERKIM Kebangsaan

PERKIM Kebangsaan

Share

Photos from PERKIM Kebangsaan's post 04/06/2026

๐——๐—ฅ. ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›๐—œ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ช๐—”๐—ค๐—”๐—™ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฐ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Konvensyen Waqaf Antarabangsa 2026 yang bakal berlangsung pada Julai ini dijangka menjadi platform terbesar menghimpunkan tokoh agama, institusi wakaf, sektor korporat, institusi kewangan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pemegang taruh dari dalam dan luar negara bagi memperkasakan agenda wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan dakwah Islamiah.

Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Konvensyen Waqaf Antarabangsa Bil. 5/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 4, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah di sini hari ini yang dipengerusikan oleh ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฟ. ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—บ.

Turut hadir ialah ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ฏ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ต๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฒ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต dan ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—™๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต serta ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—–๐—” ๐—–๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น, ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜‡๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ.

Mesyuarat turut disertai staf PERKIM Kebangsaan iaitu Pengarah Pentadbiran, YBhg. Dr. Suariza @ Hidayah Muhammad; Eksekutif Pentadbiran, Ahmad Hasaidi Said; Eksekutif Dakwah, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah; Eksekutif Dakwah 3, Nur Syahirah Musa; Timbalan Eksekutif Kewangan, Azura Abdul Rahman serta Pembantu Tadbir, Rohaiza Mohd Tan dan Norlailialpin Suratman.

Selain itu, wakil PERKIM Bahagian Negeri-negeri seluruh Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur di Jabatan Premier Sarawak serta wakil World Zakat and Waqf Forum turut mengikuti mesyuarat secara dalam talian.

Dalam ucapan dasar, Shahidan menegaskan bahawa konvensyen tersebut tidak seharusnya hanya tertumpu kepada wakaf berbentuk fizikal seperti pembinaan masjid, pengagihan al-Quran atau pembinaan telaga semata-mata, sebaliknya perlu memberi penekanan kepada konsep wakaf dakwah yang mampu memperluaskan syiar Islam kepada masyarakat.

Menurut beliau, institusi masjid mempunyai pelbagai tabung kebajikan dan pembangunan yang boleh dimanfaatkan untuk menyokong usaha dakwah secara lebih tersusun dan berkesan.

โ€œKita bukan sahaja fokus kepada wakaf masjid, al-Quran, telaga dan sebagainya, tetapi kita mahu memberi fokus kepada wakaf dakwah bagi menyebarkan syiar Islam secara lebih meluas dan berimpak tinggi kepada masyarakat,โ€ kata Dr. Shahidan Kassim.

Beliau turut menekankan kepentingan memastikan setiap jemputan yang dihantar kepada peserta dan organisasi sasaran disusuli dengan tindakan susulan yang aktif bagi menjamin kehadiran yang memberangsangkan.

Setakat ini, sebanyak 1,782 jemputan telah disenaraikan dan dihantar melibatkan pelbagai pihak termasuk majlis agama Islam negeri-negeri, pejabat m***i, agensi wakaf, institusi perbankan, syarikat korporat, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat tahfiz serta NGO Islam dari seluruh negara.

Menurut laporan sekretariat, jemputan tersebut turut melibatkan pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di Malaysia sebagai sebahagian usaha memperluaskan jaringan global dan memperkenalkan model wakaf Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Bagi memastikan sasaran penyertaan dicapai, sekretariat akan melaksanakan pendekatan susulan secara terus melalui panggilan telefon kepada organisasi yang dijemput, selain pemantauan berkala terhadap pengesahan kehadiran yang dijadualkan sebelum penghujung Julai.

Dalam mesyuarat itu juga, beberapa cadangan strategik dikemukakan bagi meningkatkan nilai tambah konvensyen termasuk penglibatan lebih ramai tokoh wakaf dan pakar antarabangsa dalam sesi pra-konvensyen.

Dr. Shahidan turut mencadangkan supaya seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal wakaf dari Maghribi dijemput bagi berkongsi pengalaman negara tersebut yang terkenal dengan sistem pengurusan wakaf yang maju dan berdaya saing.

Menurut beliau, sesi pra-konvensyen perlu dijadikan platform penting untuk menghimpunkan pandangan, cadangan dan resolusi awal daripada pakar-pakar yang kemudiannya boleh diterjemahkan ke dalam resolusi rasmi konvensyen.

Resolusi berkenaan diharap mampu menjadi rujukan kepada institusi agama, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memperkasakan pembangunan wakaf pada masa hadapan.

Mesyuarat turut membincangkan penyelarasan atur cara, penglibatan panel forum, muzakarah m***i serta aspek logistik bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, Dr. Shahidan menegaskan bahawa identiti dan peranan PERKIM perlu diketengahkan sepanjang konvensyen memandangkan pertubuhan itu mempunyai sejarah panjang dalam pembangunan dakwah dan kebajikan Islam di negara ini.

Beliau berkata, PERKIM perlu terus tampil sebagai organisasi yang relevan dan aktif dalam pelbagai bidang termasuk dakwah, pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat.

โ€œPERKIM perlu berada di hadapan dalam usaha memartabatkan wakaf dan dakwah. Kita mahu masyarakat melihat bahawa PERKIM sentiasa hadir dan berkhidmat di mana-mana sahaja apabila diperlukan,โ€ katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa seluruh warga PERKIM memanfaatkan platform media sosial dengan lebih berkesan bagi memperluaskan capaian maklumat berkaitan aktiviti dan program organisasi kepada masyarakat umum.

Mesyuarat berakhir dengan persetujuan untuk mengadakan satu lagi mesyuarat penyelarasan akhir dalam masa terdekat bagi memuktamadkan semua aspek berkaitan konvensyen yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Yang Di-Pertuan Agong manakala majlis penutup dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri.

Penganjuran Konvensyen Waqaf Antarabangsa 2026 dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada transformasi ekosistem wakaf negara serta memperkukuhkan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah, ekonomi dan dakwah yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

03/06/2026

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—œ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐—œ... ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐—ž๐—  ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—š๐—จ๐—ก๐—จ๐—ก๐—š, ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐— ๐—จ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  โค๏ธ

Perjalanan hampir 3 jam melalui jalan berbukit, berlumpur dan berliku di pergunungan utara Thailand akhirnya membawa misi Jaulah Dakwah dan Korban 2026 ke Kampung Cha Pa, sebuah perkampungan etnik Muser berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.

PERKIM Kebangsaan, Kump**an Jom Buat Baik dan Madrasah Yayasan As-Siddiqin bukan sekadar membawa 160 pek makanan, 160 bungkusan daging lembu hadiah dan goodies bag untuk kanak-kanak.

Mereka membawa kasih sayang, persaudaraan dan sinar Islam kepada masyarakat pedalaman.

Detik paling menyentuh hati apabila seorang remaja etnik Muser, Chak Ehh, 18, dibimbing mengucapkan dua kalimah syahadah.

Lebih mengharukan, adiknya sendiri, Saifullah, 15, yang sedang menuntut di Madrasah Yayasan As-Siddiqin membantu menerangkan maksud syahadah dalam bahasa Muser kepada abangnya.

Dari sebuah kampung terpencil di puncak gunung, lahir satu kisah hidayah yang tidak ternilai.

Air mata kegembiraan, pertemuan semula anak-anak madrasah dengan keluarga mereka, serta senyuman penduduk yang menerima bantuan menjadi bukti bahawa dakwah melalui kebajikan mampu menyentuh hati manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

โœจ 120KM perjalanan
โœจ 160 pek bantuan makanan
โœจ 160 bungkusan daging lembu hadiah
โœจ Puluhan keluarga disantuni
โœจ Seorang saudara baharu memeluk Islam

Inilah dakwah. Inilah kasih sayang. Inilah perjuangan yang merentas sempadan.

30/05/2026

๐ŸŒ™๐Ÿ„ Dari Pedalaman Chiang Rai, Syiar Aidiladha Terus Mekar

Program Jaulah, Dakwah dan Korban 2026 anjuran PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama RISEAP dan Jom Buat Baik membuktikan bahawa dakwah tidak mengenal sempadan.

Bersempena Hari Raya Aidiladha, misi kemanusiaan dan dakwah ini berjaya menyantuni masyarakat pedalaman Mae Pao, Phaya Mengrai, Chiang Rai melalui pendekatan kebajikan, ukhuwah dan pengorbanan.

โœจ 10 ekor lembu korban disembelih dan diagihkan.
โœจ Daging korban dijadikan stok makanan untuk 130 anak-anak Madrasah As-Siddiqin.
โœจ Semangat gotong-royong dan persaudaraan Islam menyatukan semua sukarelawan.

Inilah makna sebenar Aidiladha โ€” bukan sekadar ibadah korban, tetapi menyebarkan kasih sayang, mengukuhkan ukhuwah dan memperkenalkan Islam sebagai agama rahmah kepada seluruh masyarakat.

๐Ÿคฒ Semoga setiap pengorbanan menjadi asbab keberkatan dan hidayah buat ummah.

29/05/2026

๐Ÿฅบ Dari bumi pedalaman Chiang Raiโ€ฆ kasih sayang Islam terus disebarkan merentasi sempadan โค๏ธ

PERKIM & RISEAP bukan sekadar melaksanakan ibadah korban ๐Ÿ„ tetapi turut menyantuni masyarakat Islam dan bukan Islam dengan penuh hikmah, kasih sayang dan persaudaraan.

โœจ 20 ekor lembu dikorbankan
๐Ÿค Daging hadiah diagihkan kepada keluarga bukan Islam
๐ŸŽ Bantuan makanan & goodies buat kanak-kanak pedalaman
๐Ÿ•Œ Dakwah melalui akhlak, kebajikan dan kemanusiaan

Suasana paling menyentuh hati apabila masyarakat Buddha dan Islam bergotong-royong bersama menjayakan program Aidiladha di Chiang Rai ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ

โ€œInilah Islam yang membawa rahmat kepada semua.โ€

RISEAP
Jom Buat Baik - JBB

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Sultan Azlan Shah
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00