FINE Academy

FINE Academy

Share

Photos from FINE Academy's post 17/11/2025

"JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SARAWAK MAHU UNGGUL, SERLAH KEWIBAWAAN MELALUI LAPORAN TAHUNAN"

Penyediaan buku laporan tahunan sememangnya amat penting untuk menjelaskan aktiviti, prestasi kewangan dan menyalurkan pelbagai maklumat.

Apakah fungsi sebenar laporan tahunan? Adakah sekadar Ingin menyalurkan maklumat semata-mata?

Laporan tahunan sudah pasti adalah dokumen rasmi yang diterbitkan oleh perusahaan dan organisasi setiap tahun untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan organisasi itu selama setahun daripada pelbagai aspek.

Bagaimana ingin mesej dalam laporan tahunan tepat pada pembaca?

Bagaimana mahu menaikkan Imej organisasi dan memastikan kewibawaan organisasi melalui laporan tahunan?

Sejajar dengan hasrat pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang inginkan Laporan Tahunan JAIS tampil lebih berkualiti dan berwibawa, JAIS dengan kerjasama FINE Academy telah menganjurkan Kursus Laporan Tahunan Berwibawa pada 17 November hingga 18 November 2025, bertempat di Hotel Serapi, Kuching.

Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih bidang penulisan dan dokumen rasmi berpengalaman iaitu Tuan Ikram Wazir dari FINE Academy.

Kursus ini dapat memberikan ilmu dan strategi menulis laporan tahunan berwibawa dengan modul komprehensif seperti:

1) Motivasi penulisan laporan tahunan
2) Memahami psikologi pembaca laporan tahunan
3) Pengenalan kepada laporan tahunan
4) Penulisan laporan tahunan
5) KJ Method untuk penulisan laporan tahunan
6) Teknik menulis dan menstrukturkan penulisan laporan tahunan

Diharapkan semua peserta dapat mempraktikkan input yang telah diketahui dan dipelajari menerusi kursus ini, sekaligus menjulang nama JAIS sebagai organisasi penting dalam kemajuan dan kemakmuran Islam di Negeri Sarawak.

www.fineacademy.my

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30