Dr. Azman Aziz
18/06/2026
The future of social protection is shaped not only by the decisions we make today but also by how well we prepare for the challenges of tomorrow. With this in mind, we convened PERKESOโs first tripartite stakeholder engagement, involving the International Labour Organisation (ILO), PERKESO, relevant ministries and agencies, as well as representatives from employers and employees on the findings of PERKESO's 12th Actuarial Valuation. This imperative session brings meaningful exchange of views on the future of Malaysiaโs social protection system.
Open and evidence-based discussions such as these are crucial in helping us make informed decisions and ensuring that our social protection system remains relevant, sustainable and responsive to the needs of future generations.
Thank you to Deputy Chief Secretary (Policy & International Affairs) KESUMA, Dr. Hj. Mohd Shaharin Umar; Chief Technical Advisor and Head of Regional Actuarial Services ILO, Mr. Simon Brimblecombe and everyone who participated and contributed their valuable insights. I look forward to building on the momentum from this inaugural engagement and strengthening our collaboration as we continue working together to advance Malaysiaโs social protection landscape for years to come.
12/06/2026
๐๐๐๐๐ซ๐ ๐ค๐๐ญ๐ข๐ค๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐ง๐๐ฆ๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ ๐๐ข๐๐๐๐๐
Pagi yang tenang bersama keluarga pada hari cuti umum bertukar menjadi pengalaman tidak disangka buat Chen Chee Ling. Pada 1 Jun lalu, Chen Chee Ling yang menetap di Lumut, Perak keluar bersama keluarganya untuk menikmati sarapan di sebuah kedai makan di Pundut. Namun, ketika berada di premis tersebut, beliau terjatuh akibat lantai yang licin. Kejadian itu menyebabkan Chen patah pada pergelangan tangan kanan dan beliau segera mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.
Chen merupakan pekerja di Pheng Used Car Sdn Bhd dan mempunyai rekod caruman aktif dengan PERKESO sejak Ogos 2025. Hasil siasatan mendapati beliau layak menerima perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam. Kes beliau diproses di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara. Beliau diberikan cuti sakit bermula 1 hingga 16 Jun 2026 dan akan menjalani rawatan susulan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.
Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Perak yang mengadakan lawatan prihatin ke kediaman Chen pada 9 Jun lalu sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap beliau sepanjang tempoh pemulihan. Semoga Chen Chee Ling segera sembuh dan dipermudah segala urusan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
11/06/2026
๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐ญ๐ ๐๐๐ค๐๐ง ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐๐๐
Apa yang sepatutnya menjadi perjalanan pulang yang biasa bertukar menjadi detik yang mengubah kehidupan Nor Izzati Mohd Fazil dalam sekelip mata. Pada 4 Jun yang lalu, sekitar jam 1.30 pagi, Nor Izzati sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas mengunjungi Festival Makanan di Meru, Ipoh, Perak. Namun, ketika dalam perjalanan, motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan.
Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau mengalami patah tangan kanan, lapan jahitan pada kening kanan, kecederaan melecur pada tapak kaki kanan serta lebam di beberapa bahagian badan. Nor Izzati menerima rawatan awal di Hospital Batu Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. Kecederaan dialami beliau memerlukan operasi pembedahan pemasangan LCP Straight 3.5mm Plate bagi membantu proses pemulihan tangan yang patah.
Di sebalik ujian itu, semakan mendapati Nor Izzati yang baru 4 bulan bekerja sejak awal Februari lalu sebagai pekerja pembersihan sekolah, layak menerima perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam. Kes beliau akan diproses di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara bagi membantu meringankan beban sepanjang tempoh pemulihan. Lebih melegakan, kos pembedahan berjumlah RM2,700 turut diluluskan di bawah kemudahan yang disediakan menerusi Skim LINDUNG 24 Jam, sekali gus membolehkannya dirawat tanpa perlu memikirkan beban kewangan tambahan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Perak yang pantas menziarahi Nor Izzati di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 11 Jun lalu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan sepanjang proses pemulihannya. Semoga Nor Izzati diberikan kekuatan, dipermudah urusan rawatan dan kembali sihat untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.
11/06/2026
๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐ฏ๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐๐๐
Aktiviti mendaki yang pada awalnya menjadi ruang untuk menikmati keindahan alam bertukar menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat Brissty Vidalyn Felicianus apabila beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2 Jun lalu. Brissty, yang bertugas di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kampung Merampong, Keningau sejak tahun 2022 difahamkan baru sahaja selesai melakukan aktiviti pendakian di Bukit Chanang Hill. Ketika dalam perjalanan turun menggunakan kenderaan pacuan empat roda menuju ke lokasi permulaan pendakian, kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung.
Akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang bahu kanan, patah tulang kaki kanan, luka pada bahagian kiri kepala serta beberapa kecederaan ringan di anggota badan. Brissty kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Keningau dan kini sedang menjalani proses pemulihan.Beliau dijangka menerima sijil cuti sakit sehingga 15 Jun 2026 dan akan menjalani pembedahan pemasangan besi sebagai rawatan lanjut bagi kecederaan patah tulang yang dialaminya.
Di sebalik ujian yang menimpa, semakan mendapati caruman Brissty masih aktif dan beliau layak menerima perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO. Kes ini akan diproses di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara bagi membantu meringankan beban yang ditanggung sepanjang tempoh beliau tidak dapat bekerja.
Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Keningau yang bertindak pantas menziarahi Brissty sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian tersebut. Lawatan susulan turut diadakan bersama Puan Nancy Goliong, Pengurus Pejabat PERKESO Keningau serta pihak pengurusan PPDK Kampung Merampong bagi menyampaikan sumbangan Kotak Prihatin sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.
Semoga Brissty terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali pulih untuk meneruskan kehidupan serta berbakti kepada komuniti yang disayanginya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50538
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |