ABIM PRESS
24/05/2026
E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
KHABAR GEMBIRA BUAT PARA HAJI
Oleh: Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī
Penterjemah: Mohd Khairul Anwar Ismail
Hadirnya bulan Zulhijjah sentiasa membawa suasana yang berbeza bagi umat Islam, kerana pada bulan inilah jutaan umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Tanah Suci Mekah sebagai tetamu Allāh, manakala jutaan yang lain menghidupkan hari-hari terbaik sepanjang tahun, iaitu 10 hari-hari awal Zulhijjah dengan doa, zikir, puasa dan amal soleh.
Namun haji bukan sekadar perjalanan menuju Mekah. Sebagaimana yang dihuraikan oleh Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī dalam khutbahnya, Min Mubashshirāt al-Ḥajj, haji ialah perjalanan kembali kepada manusia yang sebenar. Ia bukan sekadar perpindahan jasad dari satu tempat ke satu tempat, tetapi perpindahan jiwa daripada kelalaian kepada kesedaran, daripada dosa kepada pengampunan dan daripada kehidupan yang berselerak kepada kehidupan yang kembali berpusat kepada Allāh subḥānahu wa ta‘ālā. Haji membuka ruang untuk manusia memulakan lembaran yang baharu bersama Tuhannya.
Lebih daripada itu, haji juga merupakan perjalanan perdamaian. Di Tanah Haram, manusia meninggalkan seketika pangkat, kelompok, perbezaan dan segala yang sering menjadi sebab pertelingkahan. Yang tinggal hanyalah seorang hamba di hadapan Tuhannya. Dalam dunia yang semakin menyaksikan perpecahan dan manusia yang semakin mudah bermusuhan antara satu sama lain, haji datang mengingatkan bahawa tidak semua perbezaan perlu berakhir dengan permusuhan, dan bahawa persaudaraan sentiasa lebih besar daripada segala perselisihan.
Khabar Gembira Buat Para Haji ini kami terbitkannya dalam bentuk e-buku percuma sebagai bahan renungan kita bersama. E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati!
18/05/2026
E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
KEMULIAAN HAJI, MEKAH DAN MADINAH
Oleh: Imām al-Ghazālī raḥimahullāh
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (Sūrah al-Ḥajj, 27)
Ayat agung ini menggambarkan panggilan langit yang tidak pernah terputus sejak zaman Nabi Ibrāhīm ‘alayhissalām. Dari dahulu hingga hari ini, manusia datang menuju Baitullāh dari seluruh pelusuk dunia, membawa hati yang penuh harapan, tangisan taubat, kerinduan dan penghambaan kepada Allāh. Ada yang datang dengan kemewahan, ada yang datang dengan segala kepayahan, namun semuanya menuju satu rumah yang dimuliakan oleh Allāh.
Imām al-Ghazālī raḥimahullāh, di dalam magnum opusnya, Iḥyā’ ‘Ulūmuddīn, ada mensyarahkan tentang Kelebihan Haji, Kemuliaan Baitullāh dan Mekah yang Dimuliakan, juga Kemuliaan Madīnah al-Sharīfah ke atas sekelian negeri. Kini tersedia atas talian dan kami terbitkannya dalam bentuk e-buku.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati!
04/05/2026
E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
SURAT SAYYIDINĀ ‘ALĪ KEPADA MĀLIK AL-ASHTAR
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Dalam dunia yang semakin sarat dengan krisis integriti, korupsi, dan penyalahgunaan kuasa, umat Islam sebenarnya tidak pernah ketandusan panduan. Antara teks yang paling agung dalam sejarah pemikiran politik Islam ialah surat Sayyidinā ‘Alī bin Abī Ṭālib kepada Mālik bin al-Ḥārith al-Ashtar, sebuah dokumen yang bukan sekadar nasihat, tetapi suatu kerangka tadbir urus yang menyeluruh dan berteraskan keadilan, amanah, serta rahmah.
Surat Sayyidinā ‘Alī kepada Mālik al-Ashtar ini merupakan sebuah manifesto keadilan dan tadbir urus agung yang menekankan bahawa kuasa adalah amanah suci untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, berteraskan prinsip rahmah serta kesetaraan kemanusiaan. Dokumen ini sangat kritikal bagi umat Islam hari ini sebagai kompas moral untuk mendepani krisis integriti, membanteras korupsi, dan menghapuskan diskriminasi, memandangkan ia menggariskan bahawa kestabilan sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada pembelaan terhadap golongan yang lemah (mustaḍ‘afīn) serta kawalan diri pemimpin daripada sifat sombong dan ego yang merosakkan tatanan sosial.
Meskipun ketulenan surat ini dipersoalkan kerana ia diriwayatkan dalam buku-buku Syiah seperti Nahj al-Balāghah, dan tidak diriwayatkan dalam buku-buku Sunni, namun memadailah kiranya apabila ia disyarahkan oleh Ibn Abī al-Ḥadīd, seorang Mu‘tazilah–Shāfi‘ī (w.656H), dan Imām Muḥammad ‘Abduh, M***i Mesir pada zamannya; untuk menandakan isi surat ini baik, pelbagai manfaat yang boleh dikutip daripada surat ini dan kata-kata baik lain di dalam Nahj al-Balāghah.
kami terbitkan terjemahan surat ini dalam bentuk e-buku, supaya kita semua dapat mengambil panduan daripadanya. E-buku ini boleh dimuatturun secara percuma melalui link di bawah ini:
https://emaktabah.com/ -df_2060/1/
Selamat membaca!
20/03/2026
TERBAHARU 1 SYAWAL: E-BUKU PERCUMA
RINGKASAN HUKUM HAKAM BERKAITAN SOLAT HARI RAYA
Oleh: Shaykh Ḥusām Luṭfī al-Shāfi‘ī ḥafiẓahullāh
Penterjemah: Asyttar Nabil bin Ashraf
Bersempena 1 Syawal ini, kami hadiahkan satu e-buku terbaharu, bertajuk Ringkasan Hukum Hakam Berkaitan Solat Hari Raya, asalnya sebuah makalah ringkas, Mukhtaṣar Aḥkām Ṣalāt al-‘Aid, yang membahaskan berkenaan hukum-hakam Solat Hari Raya berpandukan mazhab al-Imām al-Shāfi‘ī raḥimahullāh, yang disusun oleh Faḍīlat al-Shaykh Ḥusām Luṭfī al-Shāfi‘ī ḥafiẓahullāh. Ia dalam bentuk yang ringkas, tetapi padat, sesuai dijadikan rujukan pantas.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kami ucapkan kepada semua.
Min al-‘Ā’idīn wa al-Fā’izīn. Kullu ‘Am wa Antum bi Khayr.
Semoga Allah ta‘ālā menerima amal ibadah kita sepanjang bulan Ramaḍān.
27/02/2026
TERBAHARU: E-BUKU PERCUMA
FIQH TARĀWĪḤ MAZHAB SHĀFĪ‘Ī
Oleh: Imām al-Nawawī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Diriwayatkan oleh Abū Hurayrah raḍiyAllāhu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam menggalakkan qiyām Ramaḍān tanpa memerintahkan mereka dengan ‘azīmah (perintah yang tegas), lalu baginda bersabda, “Sesiapa yang qiyām (yakni tarāwīḥ) Ramaḍān dengan keimanan dan pengharapan (agar diterima Allāh), maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”
Tarāwīḥ adalah sebahagian qiyām Ramaḍān. Namun, seringkali muncul persoalan fiqh di bulan Ramaḍān, seperti: bilangan tarāwīḥ, cara melaksanakan tarāwīḥ, afḍal bersendirian atau berjemaah, dan sebagainya. Justeru, terjemahan ini kami usahakan agar ianya mampu menjawab persoalan-persoalan tersebut.
Fiqh Tarāwīḥ ini adalah terjemahan dari bahagian kitab al-Majmū‘ Sharaḥ al-Muhadhdhab karangan Imām al-Nawawī raḥimahullāh, seorang Imam besar mazhab Shāfi‘ī, dan kitabnya al-Majmū‘ ini sebuah kitab besar dan penting peninggalan beliau untuk seluruh umat ini.
Kami persembahkan terjemahan kitab barakah ini untuk sama-sama kita membacanya, dan moga-moga ianya menjadi rujukan yang baik dan diberkati.
10/06/2024
E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
KHAWARIJ ZAMAN KITA: Ciri-ciri Ekstremisme dan Radikalisme
Oleh: Shaykh Dr. ‘Alī al-Ṣallābī
Penterjemah: Mohd Khairul Anwar Ismail
Sejarah pernah menyaksikan kewujudan golongan pelampau dalam agama, yang mempunyai pemikiran dan pemahaman yang ektreme dan radikal, yang mengkafirkan dan mengfasiqkan orang yang tidak sama pandangan dengan mereka, yang percaya mereka paling berilmu, paling betul, paling benar, orang lain salah dan batil.
Yang paling menonjol daripadanya adalah golongan Khawarij, atau yang dikenali dalam kesusasteraan politik moden sebagai “kumpulan-kumpulan takfiri atau jihad ekstremis.”
Sejarah merekodkan mereka rasa lebih berilmu dari Sayyidina ‘Alī raḍiyAllāhu ‘anhu, akhirnya telah menyebabkan pembunuhan Amīr al-Mu’minīn ‘Alī bin Abī Ṭālib. Golongan berkarakter begini berbahaya, boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara, boleh menyebabkan perpecahan, sehingga boleh menghalalkan darah pemimpin dan orang lain.
Khawarij era Sayyidina ‘Alī sudah tiada, tetapi ciri-ciri kelompok ini masih wujud sehingga ke hari ini. Karya ini menjelaskan 6 ciri-ciri dan karakteristik kelompok ini, yang disyarahkan ringkas oleh ilmuwan kontemporari terkenal, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, iaitu Shaykh Dr. ‘Alī Al-Ṣallābī.
Tulisan Shaykh Dr. ‘Alī Al-Ṣallābī ini boleh dibaca secara atas talian dan boleh dimuatturun melalui pautan di bawah ini.
https://e-maktabah.com/?page_id=1457 -df_1543/1/
Karya yang baik dan bermanfaat ini kami sebarkan sebagai bahan bacaan percuma, dan ia boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta merenungi, sifat-sifat golongan Khawarij ini, yang boleh jadi berada di sekitar kita pada hari ini.
Selamat membaca!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang
Kuala Lumpur
53100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |