Noor Atikah Rozemi

Noor Atikah Rozemi

Share

06/09/2020

[EDISI START UP BISNES]
HASIL PENDAPATAN DALAM BMC : NILAI PELANGGAN PERLU MEMBAYAR ATAU KOS PERNIAGAAN MANA LEBIH UTAMA DALAM MENGIRA KEUNTUNGAN SYARIKAT?
Sebagai usahawan ataupun ahli perniagaan yang baru memulakan bisnes, hasil-hasil pendapatan perniagaan sangat penting untuk menentukan sejauh mana bisnes kita dapat melangkah jauh atau kekal lama.
Melalui jumlah yang pelanggan bayar kepada kita, baru kita mampu untuk menanggung kos-kos aktiviti dan sumber-sumber utama syarikat. Masalah yang sering dihadapi oleh usahawan yang baru memulakan perniagaan adalah mereka telah menawarkan nilai kepada pelanggan tetapi pelanggan p**a tidak bersedia untuk membayar nilai yang diterima.
Di dalam bisnes model kanvas, hasil-hasil pendapatan syarikat tidak semestinya melalui hasil jualan atau perkhidmatan 'direct' daripada pelanggan. Hasil-hasil pendapatan juga boleh didapati melalui alternatif-alternatif lain seperti saham, 'trading', iklan, komisen, yuran, sewa, emas, hartanah dan lain-lain.
Disebabkan hasil pendapatan utama syarikat adalah melalui nilai yang kita terima daripada pelanggan, jadi timbul persoalan seperti tajuk di atas.

Dalam mengira keuntungan kepada syarikat mana aspek yang harus diutamakan, nilai yang kita terima daripada pelanggan atau kos perniagaan?
Banyak kita lihat usahawan-usahwan lebih mengutamakan aspek kos yang ditanggung oleh syarikat. Contoh, kos untuk mengeluarkan sesuatu produk. Jadi, kualiti yang mereka sampaikan kepada pelanggan rendah.
Sewajarnya kita fokus kepada nilai yang kita tawarkan kepada pelanggan dan kemampuan mereka untuk membayar nilai tersebut. Strategi menjana pendapatan dengan fokus kepada nilai yang pelanggan terima secara berterusan adalah pilihan yang terbaik untuk bisnes jangka masa panjang!
Pentingnya anda buat survey pasaran dahulu, siapa segmen pelanggan anda? Nilai yang anda tawarkan kepada mereka, mampukah mereka membayar?
Sediakan anda. Langkah terakhir barulah fikir strategi harga dan mekanisme harga sebab ia bergantung pada "supply" dan "demand" semasa.
CARI COACH UNTUK BIMBING BUSINESS MODEL CANVAS ANDA?
======================
Jom sertai Coaching Bersama Sis Ika dan Team WriteUpViral SEPTEMBER 2020 ini.
CAJ YURAN ISTIMEWA BAGI 10 PENDAFTARAN TERAWAL!
Jimat sehingga RM798!
Klik pautan di bawah untuk pendaftaran segera ⤵️
m.me/writeupviral
m.me/writeupviral
m.me/writeupviral
Terima kasih. 😁

29/08/2020

PENING MEMILIH "CHANNELS" YANG SESUAI DI DALAM "BUSINESS MODEL CANVAS"?
"Channels" merupakan penghubung di antara suatu syarikat dengan sasaran pelanggan mereka. Bagaimana sebuah syarikat itu ingin mencapai atau menyampaikan sesuatu 'output' kepada sasaran pelanggan?
"Channels" boleh dikategorikan sebagai pemasaran, jualan ataupun saluran-saluran pengedaran.
Setiap syarikat menggunakan medium yang berbeza untuk menarik pelanggan dan mereka juga mengasingkan strategi untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan mereka.
Apa yang kami ingin fokuskan di sini adalah tentang "Distribution Channels " ataupun dikenali sebagai saluran-saluran pengedaran.
"Distribution Channels" mewakili kaedah-kaedah yang digunapakai oleh setiap syarikat untuk memastikan produk atau servis mereka mampu dimiliki oleh pelanggan-pelanggan akhir.
"Distribution Channels" boleh berlaku secara terus atau tidak terus. Pengilang yang menjual produk secara terus kepada pelanggan ataupun melalui perantara seperti pembekal, penjual, Agen stokis ataupun broker dikategorikan sebagai "Distribution Channels" secara terus.
Manakala, organisasi ataupun syarikat yang menjual produk ataupun servis dan perlu melalui banyak "Channel" untuk sampaikan suatu produk kepada pengguna akhir, ia dikenali sebagai "Distribution Channels" tidak terus.
Sebagai contoh, menjual melalui medium perantara seperti Google Ads, Shopee dan Lazada. Selain itu, "outsourcing" servis jualan daripada pihak luar juga.
Sebelum anda ingin buat keputusan untuk memilih saluran-saluran pengedaran yang terbaik untuk bisnes model anda, anda harus teliti 3 PERKARA ini:
1- Saiz pasaran dan segmen pelanggan anda;
2- Kos ataupun pelaburan yang diperlukan; dan
3- Standard produk anda.
Anda belajar sesuatu?
Jika anda perlukan bimbingan berkaitan bisnes, sila klik link di bawah ya ⤵️
http://bit.ly/CikHelperAtikah

27/08/2020

Bikin "Business Model Canvas" dahulu sebelum ingin buat Rancangan Perniagaan (Business Plan). [Khas yang baru memulakan perniagaan]
Selalunya usahawan-usahawan lebih fokus untuk membuat Rancangan Perniagaan semata-mata untuk mendapatkan geran, pinjaman dan bantuan kewangan daripada Kerajaan, pihak bank serta institusi-institusi atau pelabur luar demi untuk kembangkan bisnes mereka.
Sedangkan bagi memudahkan kita bila berkomunikasi dengan pihak-pihak tersebut cukuplah memadai dengan kita menyampaikan kandungan "Business Model Canvas" yang ringkas, padu, holistik dan sangat meyakinkan.
Bagi mereka yang baru bercadang untuk memulakan perniagaan, kami sarankan untuk anda tekan 9 ELEMEN PENTING ini:

✅TAWARAN NILAI:
- Apa masalah utama yang produk/servis anda mampu selesaikan?

✅SEGMEN PELANGGAN:
- Anda sebenarnya tawarkan nilai kepada siapa?

✅AKTIVITI UTAMA:
- Apa aktiviti yang paling bernilai dalam perniagaan anda?

✅SUMBER UTAMA:
- Apa sumber-sumber yang diperlukan untuk mencipta nilai dalam perniagaan?

✅HUBUNGAN PELANGGAN:
- Apa yang diharapkan oleh segmen pelanggan anda daripada anda?

✅SALURAN:
- Bagaimana tawaran nilai anda mencapai pelanggan anda?

✅RAKAN KONGSI:
- Siapa pihak yang paling penting terlibat?

✅KOS STRUKTUR:
-Apakah kos penting dalam perniagaan anda?

✅HASIL PENDAPATAN:
Bagaimana pelanggan memberi ganjaran kepada anda atas nilai yang anda berikan?
Rangka "Business Model Canvas" anda dahulu sekarang!
Apabila ia diisi dengan betul, hampir semua orang dapat memahami perniagaan anda dan fungsinya.
Mereka dapat melihat mengapa pelanggan menyukai perniagaan anda (atau akan menyukainya) dan bagaimana ia menguntungkan bisnes anda.
Satu hal lagi anda perlu tahu, "Business Model Canvas" tidak hanya digunakan untuk perniagaan baru. Agensi dan kontraktor juga boleh menggunakannya sebagai penyelidikan kajian pasaran.
Anda belajar sesuatu? Komen sikit.

LIKE dan SHARE lah kalau bermanfaat. 😉
Sebarang pertanyaan tentang masalah perniagaan, sila klik link di bawah ya ⤵️:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
http://bit.ly/CikHelperAtikah
Terima kasih. 😁

26/08/2020

Entrepreneur vs. Intrapreneur: KENAPA PERLU GUNA BUSINESS MODEL CANVAS?
Sebelum kita kupas lebih terperinci lebih baik kita tahu perbezaan Entreprenur dan Intraprenur.
Entreprenur ialah seseorang yang mencipta dan melancarkan perniagaan baru. Mereka ini akan mengambil ganjaran dan risiko daripada perniagaan yang mereka jalankan.
Peranan “Entreprenur” adalah mencari idea-idea baru, membina jaringan luar dan merangka strategi baru untuk mengembangkan bisnes mereka.
Sebaliknya intrapreneur ialah seseorang yang menggunakan sepenuhnya kemahiran serta ilmu berkaitan dunia perniagaan untuk menguruskan syarikat ataupun organisasi mereka berkhidmat.
Peranan “Intrapreneur” adalah menjaga kewangan syarikat, mengurus sumber syarikat serta melaksanakan sesuatu aktiviti ataupun tugasan demi mencapai matlamat syarikat.
JADI APA FUNGSI “BUSINESS MODEL” CANVAS KEPADA ENTREPRENUR DAN INTRAPRENUR?
“Business Model Canvas” (BMC) boleh bantu kedua-dua pihak ini untuk tujuan inovasi model bisnes.
Ini kerana, “Business Model Canvas” menyampaikan TIGA PERKARA PENTING iaitu:-

✅FOKUS:
-BMC fokus perkara-perkara penting dalam asas logik bisnes.
-BMC menerangkan dengan cepat dan menunjukkan sama ada adakah perkara-perkara tersebut sesuai untuk pelaburan bisnes.

✅ FLEKSIBILITI:
- Idea-idea asal tentang bisnes senang untuk diubahsuai apabila ada “Business Model Canvas”.
- Ini sangat benar terutamanya apabila melibatkan kerjasama dengan banyak organisasi dan pekerjaan merentas pelbagai kemahiran.

✅ KETELUSAN:
- Memudahkan “team” untuk rujuk dan membuat keputusan berkaitan perniagaan.
- “Business Model Canvas” memudahkan perbincangan atau penyelidikan berkaitan kewangan, segmen pelanggan, sumber utama syarikat, aktiviti utama syarikat dan rakan kongsi.
Anda belajar sesuatu?
Cik Helper nak cari 10 orang TERHAD untuk "Personal & Group Business Coaching".

Untuk lihat testimoni kami, boleh klik link di bawah ⤵️
bit.ly/TestimoniWriteUpViral
bit.ly/TestimoniWriteUpViral

Anda ada masalah berkaitan bisnes?

Jika ingin team Cik Helper bantu , sila klik link di bawah ya ⤵️:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
http://bit.ly/CikHelperAtikah

Terima kasih. 😁

25/08/2020

MEMAHAMI PESAING-PESAING BISNES ANDA DENGAN MENGGUNAKAN “BUSINESS MODEL CANVAS”. ANDA TAHU TAK? INI RAHSIA PENTING TAU!
Syabas dan tahniah anda yang membaca artikel ini.
Sebenarnya kita boleh memahami bisnes pesaing-pesaing kita secara holistik dengan menggunakan “Business Model Canvas”.
Ini kerana, “Business Model Canvas” bantu anda untuk fokus perkara-perkara penting di dalam bisnes.
Dalam “Business Model Canvas” itu sendiri mengandungi 9 Elemen penting iaitu tawaran nilai, segmen pelanggan, saluran pengedaran, hubungan pelanggan, aktiviti utama, sumber utama, rakan kongsi, kos struktur dan hasil pendapatan.
Sebagaimana anda membuat “Business Model Canvas” untuk perniagaan anda, begitu juga anda boleh merangka satu persatu bisnes pesaing-pesaing anda dengan menggunakan kaedah yang sama.
Anda boleh merangka “Business Model Canvas” untuk pesaing-pesaing dengan bercakap dengan pelanggan, prospek anda, menggunakan solusi-solusi pesaing-pesaing anda, pemasaran dan aktiviti-aktiviti penjenamaan mereka.
Kemudian, anda boleh bandingkan “Business Model Canvas” pesaing-pesaing anda dengan “Business Model Canvas” syarikat anda. Lakukan perbandingan dan lihat aktiviti-aktiviti dalaman serta terhadap kekuatan pasaran.
Kesimp**annya, dengan menggunakan “Business Model Canvas” anda boleh lihat persaingan yang betul dan memahami bisnes mereka secara lebih menyeluruh.
“Business Model Canvas” dapat bantu anda merangka strategi bisnes dan membuat tawaran nilai lebih baik daripada pesaing-pesaing anda.
Anda belajar sesuatu?
Sebarang masalah berkaitan bisnes anda, Cik Helper sedia membantu.

Sila klik link di bawah ya:
http://bit.ly/CikHelperAtikah
Terima kasih. 😁

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00