Syafiq Razali - Your Trusted Unit Trust Consultant
18/09/2021
𝗠𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗧𝗥𝗨𝗦𝗧 𝗡𝗜𝗘 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘?
"Syafiq, selamat ke saya nak invest kat Unit Trust ni?"
Ni antara soalan yang selalu kami dapat sebagai seorang Unit Trust Consultant. Jom saya kongsikan buat rujukan semua.
Ya. Selamat.
Bakal-bakal pelabur jangan risau. Unit Amanah adalah satu pelaburan yang selamat & sah di sisi undang-undang.
Sebab apa?
Sebab ianya berdaftar dengan Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tambahan p**a ianya dilindungi oleh trustee sebagai pemegang amanah.
Semua syarikat pengurusan unit amanah perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia sebelum dibenarkan beroperasi di Malaysia.
Manakala Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berperanan sebagai penilai kesemua dana unit amanah supaya ianya selamat untuk dilaburkan oleh orang ramai.
Semua dana unit amanah dalam pasaran telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia & selamat untuk dilaburkan.
Trustees p**a bertindak sebagai pemegang amanah kepada duit pelabur unit amanah. Jika berlaku kegagalan dalam operasi syarikat pengurusan unit amanah, duit kesemua pelabur adalah selamat kerana ianya dilindungi oleh Trustees.
Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan keyakinan anda untuk menjadikan platform unit amanah sebagai pilihan simpanan anda untuk mencapai objektif kewangan anda.
Jika berminat untuk membuka akaun unit amanah atau nak tahu lebih lanjut, sila klik link di bawah. FREE consultation , usah gusar. Biar faham dulu baru invest.
https://bit.ly/jominvestUT
https://bit.ly/jominvestUT
https://bit.ly/jominvestUT
Kongsikan agar kawan-kawan lain mendapat manfaatnya.😊
Syafiq Razali
Perunding Kewangan Anda Sekeluarga
18/09/2021
𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗗𝗔
Keratan akhbar Metro ni buat saya termenung sejenak.
Teringat balik kisah bagaimana susahnya ibubapa kita dulu nak cari duit buat bayaran nak masuk universiti anak-anak.
Adakah ibu bapa di luar sana terfikir simpanan untuk anak-anak?
Jika anda terfikir dan membuat simpanan masa depan anak-anak ia satu tindakan yang bijak.
Ada yang berpendapat,
"alaa..nanti anak belajar pandai2, dapat biasiswa."
Aduh.. Ini bukan jaminan. Belum tentu dapat. Sebelum dapat pun banyak nak guna duit. Jadi, tanggungjawab kita sebagai ibubapa ada kesedaran awal untuk menabung.
"Takpe..Anak saya kecik lagi.."
Salah! Anak kecik la perlu di buat sekarang.
Kini semuanya memerlukan wang. Contohnya untuk melanjutkan pelajaran anak.
Beberapa tahun yang dulu, kos mendapatkan ijazah di universiti tempatan hanya memerlukan sekitar RM16 ribu. Pada ketika itu amat mudah mendapat bantuan pinjaman mudah alih (ke biasiswa) daripada badan kerajaan.
Sekarang jumlah yuran agak mahal. Boleh buat pinjaman namun kemudian setiap bulan selepas tamat belajar akan dibebankan p**a untuk membayar hutang pinjaman.
Bayangkan 10 ke 20 tahun dari sekarang, tentu sekali jumlah yuran yang perlu dibayar berlipat kali ganda dari sekarang.
Tidak semestinya juga untuk melanjutkan pelajaran anak-anak, jika anak-anak tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh dijadikan modal untuk memajukan diri seperti modal perniagaan.
Atau mungkin untuk kenduri kahwin anak jika anda sudah memikirkan untuk membuatnya secara besar-besaran!
Tempat simpanan?
Terdapat pelbagai simpanan yang boleh dibuat seperti simpanan di bank, takaful, ASB, tabung haji, amanah saham atau emas.
Anda perlu berdisiplin tidak mengeluarkan duit berkenaan jika simpanan melalui bank atau badan seperti tabung haji. Jika anda mengetahui mengenai cara simpanan yang memberikan keuntungan yang lebih dengan membuat perbandingan, jumlah yang anda simpan akan lebih banyak.
Cuma bagi kita semua untuk umat Islam perlu ambil kira juga halal haram.
Contohnya amanah saham (unit amanah) adalah simpanan yang patuh syariah di mana ada jawatankuasa syariah diwujudkan bagi memantau tahap kepatuhan syariah sesuatu amanah saham itu.
Di samping itu, dalam jangka masa panjang unit amanah mampu memberikan p**angan & keuntungan yang tinggi.
Sangat sesuai untuk simpanan pendidikan anak-anak sebab kita perlukan duit selepas 10 tahun. Jadi kita berpeluang menjana keuntungan yang lebih besar dengan menyimpan di tempat yang betul.
Untuk mereka yang belum mempunyai simpanan untuk anak-anak, mula fikirkannya dan ambil tindakan segera! Serendah RM100 pun boleh.
Saya boleh bantu anda merangka pelan simpanan pendidikan anak anda dan menguruskan proses membuka akaun simpanan unit amanah.
SEMOGA POSTING INI BERMANFAAT UNTUK ANDA.
Jangan lupa share jika post ini bermanfaat.
Syafiq Razali
Perunding Kewangan Anda Sekeluarga
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Menara Public Bank 2, No. 78, Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
50200