Sayed Munawar

Sayed Munawar

Share

08/07/2026

KERAS KEPADA RASUAH

Yang Youlin penjawat di China korup RM1.3b (USD325j) dijatuhkan hukuman bunuh.

Sebaliknya Malaysia, pesalah rasuah mega diberi diskaun hukuman, malah ada p**a yang sampai berjuang agar diberikan pengampunan.

Sebelum terbit rasa takut dek hukuman yang keras, sekurang-kurangnga perlu ada rasa jijik kepada kesalahan rasuah. Mereka yang menjadi kaya kerana rasuah atau kaya tanpa pasti punca kekayaannya patut disangsikan, atau dipertanggungjawakan melalui pengisytiharan harta.

Di Malaysia yang jurang kuasa antara yang sangat lebar di dunia, ada kaitan antara kekayaan dan kuasa. Malah ditokok tambah p**a dengan pelbagai gelaran dan kedudukan menjadikan gelaran-gelaran diperdagangkan di pasaran gelap.

Jangan sampai kita malu hendak bertanya sumber kekayaan khususnya jika seseorang itu sudah sampai ke tampuk kuasa. Jika ini berlaku, maka masa depan negara bakal malap.

Seharusnya pengamal rasuah ada rasa malu hendak berdepan dengan rakyat. Rakyat perlu berdiri tegak dan memandang ke dalam mata pelaku rasuah, berikan isyarat, kita tahu khianat yang dilakukan. Malah bertanya terus jika ada kesempatan, "dari mana sumber harta ini? Seandainya anugerah tuhan, syukurilah. Jika tidak, insaflah".

Generasi muda Malaysia perlu ada rasa benci kepada amalan rasuah dan tidak memandang tinggi mereka yang mengamalkannya. Kaya dengan sumber rasuah adalah hina dan khianat kepada negara. Tiada dakwa dakwi tentang itu.

Kebencian kepada rasuah adalah benteng emosi yang ampuh. Seandainya benteng emosi ini runtuh, maka barulah kekerasan hukuman seperti amalan China kita polemikkan.

BBC - 404: Not Found The best of the BBC, with the latest news and sport headlines, weather, TV & radio highlights and much more from across the whole of BBC Online

19/06/2026

POLITIK HODOH MENJAHANAMKAN NEGARA

Mutakhir ini Pocket Rocket Man p**a mengulas resah tentang jurulatihnya yang rimas dengan campur tangan politik, atau politik institusi sukan, sehinggakan jurulatihnya itu dikatakan akan menamatkan khidmat lebih awal daripada tempoh tamat kontrak.

Sebelum ini negara kecoh dengan isu integriti bolasepak yang disepak FIFA dalam kes pemain warisan.

Kemajuan sukan negara dirobek oleh campur tangan pihak yang mungkin tidak pakar pun dalam selok belok sukan yang cuba dicampuri.

Sebelum ianya dipolitikkan, Malaysia agak maju dalam sektor sukan sehingga melahirkan legenda seperti Mokhtar Dahari. Bakat sukan juga diwarnai oleh jaguh pelbagai etnik seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Arumugam dan barisan lebih muda seperti Serbegeth Singh.

Hari ini pemain bolasepak yang bukan Melayu anak watan mungkin hanya ada satu sebagai syarat asal ada. Kalau bukan Melayu bukan anak watan ada penyelewengan liar yang boleh dimanip**asikan atas nama projek pemain warisan - yang sebenarnya diwariskan adalah pengkhianatan kepada cita-cita rakyat yang ingin melihat negara benar-benar maju secara hakiki, setidak-tidaknya dalam bidang sukan, walau kekal mundur dalam pemikiran politik.

Rupa-rupanya, dalam sukan pun ada ketuanan (agaknya), tiada merit, intra atau interetnik - kedua-duanya. Dahulu, pernah timbul cerita hendak masuk sekolah sukan pun perlu ada tanda tangan ketua bahagian. Budaya patronage sudah mendarah daging.

JURANG KUASA

Untuk rekod, Malaysia antara negara dengan jurang kuasa (power distance) yang paling luas mengikut ranking Hofstede. Malaysia negara Raja Berperlembagaan. Malaysia ada sistem feudal. Tapi budaya dan gaya hidup lingkungan kuasa kita feudalistik, yang totok p**a. Kedaulatan inti perlembagaan hanya digunakan bila ia membawa kepentingan. Jika tidak, semangat perlembagaan akan dibakul-sampahkan.

Lihatlah gelagat pemain politik dari kedua-dua belahan. Berhujah tentang mendaulatkan institusi Raja dan meremehkannya mengikut selera dan ini malah dilakukan oleh pemimpin Melayu-Islam sendiri, terang-terangan.

Apa manifestasi jurang kuasa ini? Seorang pengikut mencium tangan presiden partinya.

Jangan salah faham.

Budaya Melayu dan timur menghormati orang lebih tua dan mencium tangan mereka lebih-lebih lagi jika tangan orang yang dicium itu ilmuwan atau agamawan, adalah lumrah. Itu budaya kita.

Cuma sejurus seorang bilionaire tokoh korporat tiba-tiba mencium tangan seorang pemimpin perdana di depan media yang dahulunya ketua pembangkang, yang telah pernah dipenjarakan (hanya untuk mencontohkan sebuah insiden yang zahir di mata rakyat), ia lebih berupa isyarat kesetiaan yang sudah beralih - ini peragaan takah kuasa, kasta, permohonan suaka, rayuan penerimaan, moga tidak sampai status pengabdian..

POLITIK BERKAT DAN BALA

Politiklah menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara dan ia jugalah yang menyekat negara untuk menguak potensinya.

Benar, politik hanyalah wahana. Acuan.

Acuan kuih loyang tidak akan menghasilkan baulu. Bumbu dan acuannya berbeza. Namun kedua-duanya sejenis penganan. Rasanya juga berbeza.

Acuan politik yang kita miliki hari ini sudah sampai titik lumpuhnya. Begitu banyak buku dan penulisan tentang keperluan politik baru. Perlu wajah baru. Perlu pemain baru. Perlu budaya baru.

Idea-idea itu telah tertulis di sana sini sejak 25 tahun lalu. Namun mengapa politik mutakhir ini kelihatan sudah tersandung ke dinding?

Dengan kewujudan semakin banyak parti baru, bukan lagi membawa opsyen yang lebih mewah. Sebaliknya kelihatan seperti akan semakin memporak-perandakan kestabilan.

Congak penyatuan dan gerak taktikal kelihatannya hanya untuk mengangkat siapa yang akan jadi perdana sementara calon-calonnya semua terpalit kes penyelewengan yang bakal dibicarakan, yang tidak sedikit pun membuat mereka kesipuan bila dibincangkan.

Kita tersudut untuk perlu memilih jernih dalam kekeruhan. Memilih yang kurang buruk dalam kalangan yang buruk. Yang lebih baik daripada kalangan yang baik-baik.

Itu hanya boleh dibuat dengan cerminan hati yang jernih dan akal yang sihat.

Setakat ini, kecanduan umat kepada siasah sepertinya membawa lebih mudarat, dan bukannya ubat.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


KL, Cheras
Kuala Lumpur