BALAI POLIS Sri Hartamas
28/08/2025
PROGRAM MEET & GREET POLIS SRI HARTAMAS
IPD Brickfields - 28 Ogos 2025, Jam 1215 hrs bertempat di Jalan 26/70A Desa Sri Hartamas telah diadakan Program Meet & Greet yang dijalankan oleh anggota Kpl Hafiz bersama Konst Syafiq.
Tujuan program diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran pihak Polis di tempat awam serta berkongsi tips pencegahan jenayah kepada masyarakat yang ditemui disamping mendengar permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat.
Selain itu turut diedarkan risalah penggunaan aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) serta risalah Pencegahan Jenayah kepada masyarakat.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan menerusi talian Hotline IPD Brickfields di talian 03-22979268 dan Balai Polis Sri Hartamas di talian 03-62019222.
26/08/2025
PROGRAM 'BRISK WALK' PERINGKAT BALAI POLIS SRI HARTAMAS
IPD Brickfields - 26 Ogos 2025, jam 7.15 pagi bertempat di Taman Sri Hartamas, Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Program 'Brisk Walk' peringkat Balai Polis Sri Hartamas . Program telah dikendalikan oleh Kpl Hafiz bersama Kpl Ikhwan.
Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis (Omnipresence) di kawasan 'Hot Spot' sekitar kawasan Taman Sri Hartamas dan Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur serta bertemu dengan penduduk disamping mewujudkan suasana harmoni antara Polis dan masyarakat. Program ini juga secara langsung dapat memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya kerjasama antara masyarakat dan PDRM dalam mencegah kejadian jenayah.
Di samping itu, program ini sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti riadah yang dilakukan bersama orang awam disamping menjadi tanggungjawab bersama sebagai mata dan telinga kepada Pihak Polis untuk bersama-sama berkongsi maklumat.
Turut dikongsikan tips-tips pencegahan jenayah pada masyarakat yang ditemui disamping mendengar permasaalahan yang sering dihadapi serta menyarankan masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Sri Hartamas di talian 03-62019222 dan Hotline IPD Brickfields 03-22979268.
Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada 8.30 pagi.
26/08/2025
PROGRAM MEET & GREET POLIS SRI HARTAMAS
IPD Brickfields - 26 Ogos 2025, Jam 1000 hrs bertempat di Jalan 48/70A Desa Sri Hartamas telah diadakan Program Meet & Greet yang dijalankan oleh anggota URB Sektor 6/7, Kpl Hafiz bersama Kpl Ikhwan.
Tujuan program diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran pihak Polis di tempat awam serta berkongsi tips pencegahan jenayah kepada masyarakat yang ditemui disamping mendengar permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat.
Selain itu turut diedarkan risalah penggunaan aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) serta risalah Pencegahan Jenayah kepada masyarakat.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan menerusi talian Hotline IPD Brickfields di talian 03-22979268 dan Balai Polis Sri Hartamas di talian 03-62019222.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Balai Polis Sri Hartamas, Jalan 26/70A Desa Sri Hartamas
Kuala Lumpur
50480