Public Gold By Sri Rashidayu

Public Gold By Sri Rashidayu

Share

14/10/2025

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗝𝗨𝗧𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝟯 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Alhamdulillah, pagi tadi selesai assist seorang penyimpan emas bimbingan saya & Ciwa Mua menjual 2 keping goldbar 1kg dan 2 keping goldbar 5 gram.

Sejak menjadi dealer 5 tahun lepas, inilah yang kami cuba educate dan fahamkan masyarakat.

Semua orang tahu kelebihan menabung emas tapi asbab nak dapatkan benefit simpanan ni memerlukan kesabaran dalam menabung at least 2 tahun ke atas, ramai yang ambil mudah dan taknak bertindak.

Harapan saya, bila tuan puan dah baca pengalaman penyimpan emas ni, semoga tuan puan juga mula faham kenapa tuan puan WAJIB mulakan simpanan emas harini!

Bukan esok, bukan bulan depan & bukannya tahun depan!

3 tahun lepas pada September 2022, beliau nak tukarkan simpanan beliau kepada emas.

Plan asalnya, beliau nak laburkan duit itu dalam company Quantum Metal yang mana berhadapan dengan masalah tahun lepas.

Naseb baik anaknya dapatkan khidmat nasihat dari saya terlebih dahulu since anaknya juga penyimpan emas bimbingan saya.

Kalau tak, mungkin harini beliau hadapi masalah nak cairkan emas beliau.

Selain tu, beliau juga bercadang nak beli dari kedai emas lain sebab owner kedai berkenaan tawarkan harga lebih murah.

Pesan saya masa tu, nak beli di Public Gold atau kedai emas tu, tiada masalah tapi confirmkan dulu mampu ke tidak kedai tu untuk beli balik 2kg emas kemudian hari kalau kita nak jual semula sebab melibatkan jumlah yang besar.

Alhamdulillah, selepas berbincang dengan anak beliau, beliau tukarkan simpanan tunai RM522,332 kepada 2kg emas di Public Gold.

Walaupun masa tu, harga emas sebenarnya antara yang tertinggi dalam sejarah, beliau terus nekad untuk tukarkan kepada emas sebab faham potensi sebenar kenaikan harga emas.

Since Public Gold adakan promosi beli 1kg & dapat percuma sekeping goldbar 5gram, dengan bermodalkan RM522,332 beliau dapat 2,010 gram emas dengan purata kos RM260 untuk setiap 1 gram.

Harini, beliau ambil keputusan untuk jual kesemua emasnya dan terkejut sebab jumlah keseluruhan yang dia dapat selepas ditolak spread :

RM1,023,198!

Bermakna, keuntungan bersih yang beliau terima

RM1,023,198 - RM522,332 = RM500,866!

Kalau dikira dalam bentuk percentage, jumlah keuntungan beliau

RM500,866 / RM522,332 x 100% = 96%

Hampir untung 100%.. Ibarat seperti buy 1 free 1.

Secara purata keuntungan beliau cecah 32% setahun.

Jauh lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan simpan di platform lain seperti Tabung Haji, ASB dan sebagainya yang cuma berikan dividen 5-7% setahun.

Kredit : Tun Wadie

Nak mula simpan emas tapi tak tahu cara?

Bagi yang berminat untuk menyimpan emas seperti ini, boleh terus hubungi saya. Saya bantu dari langkah pertama.

Sri Rashidayu
Dealer Aktif Public Gold

06/10/2025

𝗝𝗨𝗔𝗟 𝟱 𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗬𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡

Ini waktu kita berterima kasih kepada diri sendiri sebab simpan emas, kata Pn Mazlinawati.

Sebagai seorang penyimpan emas tegar, saya tahu satu hari nanti pasti akan sampai masanya emas yang disimpan akan dijual.

Lepas saya dapat tahu anak dapat sambung ijazah, saya dah terfikir nak jual emas 5gram untuk bayar yuran pendaftaran sebanyak RM2,500.

Emas ni saya withdraw dari GAP yang dah kumpul sejak tahun 2020. Waktu tu harganya hanyalah RM260 segram. Hari ini harganya dah RM538 segram. Kenaikan 21% setahun.

Baguskan?

Tapi yang saya lebih gembira bukan tentang berapa dah kenaikan harganya tetapi kegunaannya pada waktu yang betul.

Antara target simpanan emas ialah untuk tujuan dana pendidikan anak-anak.

Zaman sekarang kita ada pilihan untuk anak tak buat pinjaman pendidikan.

Boleh menabung emas serendah RM50 secara auto debit di Public Gold. Sedar2 gram emas dah bertambah.

Sejak saya tahu bagusnya simpan emas ni, saya alihkan duit Tabung Haji anak-anak kepada emas.

Alhamdulillah sangat happy bila dapat gunakan emas untuk biayai yuran anak no.2 saya sambung ijazah di USIM.

Terima kasih juga sebab saya hanya bayar yuran pengajian RM5,200 sahaja sebab dapat subsidi sebanyak 87% daripada yuran keseluruhan. Yang lain hanya makan dan tempat tinggal yang mana cukup dengan emas yang saya tabung sejak 2020.

Memandangkan harga emas kebetulan sedang tinggi, saya ambil peluang jual emas di cawangan Sunway.

Alhamdulillah tak sampai 30 minit urusan siap dan duit akan masuk hari yang saya sebab saya jual sebelum pukul 1.

Ibu ayah, menabunglah untuk anak-anak walau kita tak nampak lagi hasilnya sekarang.

Bagi yang berminat untuk menyimpan emas, boleh hubungi saya, saya akan bantu Tuan dan Puan memiliki emas fizikal seperti ini.

Sri Rashidayu
Dealer Aktif Public Gold

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
68000