Fresh Graduate Jutawan

Fresh Graduate Jutawan

Share

Photos from Fresh Graduate Jutawan's post 30/09/2021

AJI CIPUT, TAPI NAK BELI RUMAH ⁉️
"Mampu ke aku nak beli rumah ni dengan gaji macam ni?"
"Mampu. Cuma kena ada cara lah macammana nak beli. Kena usaha lebih sikitlah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
---------------------------------------
Betul. Kadang terfikir mampu ke nak beli rumah.
Tapi kalau kita nak dan usaha mesti Tuhan mudahkan.
Saya kongsikan 9 tip power untuk nampak bahawa nak memliki rumah tu tak mustahil.
. 9 tu paling penting nak buat apa pun hari ini.
1. Buat ANALISA kewangan diri sendiri!
Perlu tahu kiraan DSR (Debt Service Ratio), komitmen dengan bank (hutang dengan bank) untuk tahu kelayakan harga rumah yang boleh dibeli dengan gaji anda.
*Nak saya kirakan pun boleh :D*
2. Buktikan pada bank yang anda MAMPU!
Terutamanya dari segi duit simpanan dalam bank. Kena ada hitam putih bila nak menghadap bank ni. Dia main fakta tak main sembang.
3. Jaga DSR elok-elok!
DSR atau debt service ratio: Nisbah hutang kepada pendapatan. Hutang kereta, hutang peribadi, dan lain-lain.
Jika gaji bawah RM3,000 pastikan DSR bawah 60%.
4. Settle-kan PTPTN. Jangan ambil mudah!
Haa, bab ni paling penting ya. Walaupun bayar bulanan tak tinggi pada PTPTN, wajib bayar menepati masa.
Jika tidak corak pembayaran anda ni akan muncul di CCRIS. Tak cantik.
Bila tak cantik, bank agak kurang percaya pada anda dalam displin membayar pinjaman.
5. ANSURAN bulanan tidak melebihi RM1,000
Formula: Ansuran bulanan x 200 = Anggaran Harga Rumah (yang boleh anda dapatkan)
6. Ansuran bulanan rumah - OPM
OPM atau Other People Money. Kita beli rumah tetapi penyewa yang bayarkan.
Wajib diingatkan untuk kaji potensi rumah tu kalau nak buat sewaan.
Sebab ada je hari ini, orang beli rumah tapi terpaksa tambah duit sendiri untuk ansuran bulanan (dalam terma property kita panggil 'bleeding')
7. Kaji permintaan sewaan
Jika di dalam 7 kriteria oleh Faizul Ridzuan, ini adalah kriteria yang terakhir sekali, MRO (Multple Rental Option).
Maksudnya potensi kita sewakan rumah tu kepada siapa-pilihan lebih bagus jika lebih dari 1. Lebih selamat.
8. 'Tenancy Agreement'
Bila dah jadikan rumah sewa, boleh buat TA (Tenancy Agreement), supaya ada hitam putih transaksi duit dengan sewaan rumah kita ni.
Dan ini boleh dijadikan sebagai pendapatan lain selain kerja hakiki.
Ada bank yang iktiraf pendapatan ni 70%-80%.

30/09/2021

MERDEKA!
Merdeka jiwa!
Merdeka diri!
Merdeka minda!
----------------------------------------------------
Yang paling penting merdeka hutang!
Jom rujuk infografik terbaik ni nak bagi faham:
^Apa yang dimaksudkan hutang baik hutang jahat
^4 langkah pengurusan hutang
^Apakah debt stretch dan debt swap

Photos from Fresh Graduate Jutawan's post 30/09/2021

Alamak, nak kena submit laporan CCRIS/CTOS yang terkini lah p**ak untuk 'financial screening'. Takkan nak kena pegi BNM, PKP PKP ni."
"Eh, tak payah pergi BNM pun takpe. Kau boleh apply online je. Dah memudahkan sekarang ni."
"Oh, yeke. Baru aku tahu. Bagus ni. Mehla tolong aku j*p."
------------------------------
Boleh rujuk gambar di bawah.
Hanya dengan tiga langkah saja dah boleh dapat laporan eCCRIS tanpa perlu keluar rumah.
Tapi apa bezanya CCRIS dan CTOS?
Boleh klik link di ruang komen pertama untuk baca dengan lebih lanjut.
Moga lebih jelas.

Want your university to be the top-listed University in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Mont Kiara
Kuala Lumpur
50480