ZAR Supplement Store

ZAR Supplement Store

Share

01/04/2021

Diet Yang Paling Berkesan ?

Ramai yang nak diet terfikir, diet apakah yang paling berkesan, paling cepat turun berat, paling cepat nampak perubahan. Diet apa-apa pun sama je. Yang penting anda berada di dalam kalori defisit. Kalori defisit tu apa ? Boleh google. Tak perlu diet yang ekstrem sampai makan telur rebus je satu hari, makan oat sahaja. Kita dah terbiasa dengan nasi tiba-tiba nak kena elak nasi sebab nak diet. Boleh je diet makan nasi, cuma perlu jaga kuantiti. Cuba tengok orang yang amalkan suku-suku separuh, takde masalah pun makan nasi. Yang penting jangan terlebih kuantiti dan perlu seimbang Kalau yang nak buat otot tu kena lebihkan protein macam ayam,ikan, telur dan buat latihan bebanan juga. Protein tu kalau boleh 'lean' protein dan bukannya ayam masak merah atau siakap tiga rasa p**ak ya.

Dan kalau anda rasa anda selesa dengan diet atkins, teruskan. Kalau rasa tak boleh, cuba amalkan suku-suku separuh. Cari diet yang bersesuaian dengan anda, bukan ikut orang. Yang penting anda berada dalam kalori defisit dan jangan lupa bersenam untuk mempercepatkan proses penurunan berat selain menjaga kesihatan anda.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Culinary Team

Attire

Website

Address


Kuala Lumpur
53100