AMK Bandar Tun Razak
29/05/2026
Assalamualaikum, Salam Reformasi, dan Salam Malaysia Madani
๐ QURBAN KASIH MADANI 1447H ๐
Alhamdulillah, Program Qurban Kasih Madani telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan dan gotong-royong bersama warga komuniti. Sempena keberkatan Aidiladha ini, program bukan sahaja menjadi pelaksanaan ibadah korban, tetapi juga ruang untuk mengeratkan silaturahim serta menyantuni masyarakat setempat.
Terima kasih kepada Saudara Setpol kepada Menteri Kewangan, YB dan Pejabat Parlimen BTR atas sumbangan lembu kepada masyarakat BTR! ๐
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga PPR Desa Tun Razak, sukarelawan, rakan-rakan KITA BTR, AMKBTR dan semua pihak yang hadir membantu menjayakan program ini dari awal hingga selesai. Semangat kerjasama yang ditunjukkan membuktikan bahawa nilai kebersamaan dan kepedulian masih utuh dalam komuniti kita.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan diberkati, dan semangat Aidiladha ini terus menyatukan masyarakat dalam nilai kasih, keikhlasan dan kemanusiaan.
๐ธ Instagram: https://www.instagram.com/amkbtr
๐ Facebook: https://www.facebook.com/share/1GCUti9g7F/
๐ต TikTok: https://www.tiktok.com/
AMKBTR | 29 Mei 2026
01/05/2026
Assalamualaikum, Salam Reformasi, dan Salam Malaysia Madani
โ๐ผSelamat Hari Buruh kepada seluruh warga pekerjaโ๐ผ
Buruh adalah nadi negara. Tanpa buruh, tiadalah bergerak negara. Bila nadi terhenti, seluruh sistem juga akan terhenti. Itulah hakikat peranan pekerja dalam memastikan negara terus hidup dan berjalan.
Tema Pekerja Madani Kesuma Bangsa membawa makna pekerja itu ibarat kesuma, yang mencantikkan dan mengharumkan negara. Apa yang dibuat setiap hari, walaupun nampak biasa, sebenarnya membina ekonomi dan masa depan bersama.
Semoga setiap usaha dan keringat terus dihargai dengan adil dan sewajarnya.
๐ธ Instagram: https://www.instagram.com/amkbtr
๐ Facebook: https://www.facebook.com/share/1GCUti9g7F/
๐ต TikTok: https://www.tiktok.com/
AMKBTR | 1 Mei 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Lumpur