Surau Bunga Raya - SUBUR

Surau Bunga Raya - SUBUR

Share

09/06/2025

Dari gotong-royong tumbangkan lembu hingga cuci lantai, semangat warga Taman Bunga Raya memang terbaik! Terima kasih kerana menjadikan Aidiladha kali ini penuh makna dan berkat. Kita buat kerja sama-sama, kita pun rasa gembira bersama.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, doa dan silaturahim yang terjalin. Semoga pengorbanan kita semua diterima Allah SWT dan diberkati dengan rezeki serta keberkatan yang berpanjangan. Selamat Hari Raya Aidiladha!

Pengurusan SUBUR

Tabung Infaq SUBUR
12113010017855
Bank Islam
Surau Bunga Raya

Photos from Surau Bunga Raya - SUBUR's post 06/06/2025

📣 Jemputan Sambutan Hari Raya Aidiladha 🐄✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami menjemput seluruh ahli kariah Taman Bunga Raya untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 7 Jun 2025
📍 Tempat: Surau Jumaat Bunga Raya (SUBUR)

🕌 Jadual Program:

8.15 pagi - Solat Sunat Aidiladha
9.30 pagi - Ibadah Korban dimulakan
1.15 petang - Solat Fardhu Zohor
1.45 - Jamuan makan tengah hari
2-5 petang - Agihan daging korban.

Marilah kita bersama menghayati semangat pengorbanan dan mempereratkan ukhuwah sesama umat. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT. 🤲

"Raya dengan pengorbanan, eratkan silaturahim."

Pengurusan SUBUR

Tabung Infaq SUBUR
12113010017855
Bank Islam
Surau Bunga Raya

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050