ROSYA TV Channel

ROSYA TV Channel

Share

Photos from ROSYA TV Channel's post 13/12/2024

Cakna dengan apa yang berlaku kepada mangsa banjir, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan Kerjasama Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat dan Stesen Radio Bapakku Fm serta syarikat rakaman mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu mangsa banjir.

Terdapat beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam dan juga Bangi serta Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak

Menurutnya Misi Bantuan Banjir mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak merangkumi pelbagai antaranya :

1. Makanan
2. Peralatan pembersihan rumah
3. Water jet
4. Peralatan kebersihan diri
5. Kain batik, kain pelikat, telekung
6 Pakaian dalam, tuala wanita
7. Selimut, toto, tikar
8. Air mineral
9. Lampin pakai buang

"Jika anda yang ingin membantu, bolehlah menghubungi nombor 019 3682548 atau WhatsApp 014 812 9763

Pada masa yang sama satu MOU bersama dua pelakon senior terkenal, Liza Abdullah dan Datuk Ziela Jalil mencatat sejarah apabila dilamar oleh syarikat rakaman Loonaq Record sebagai artis mereka. Liza dan Ziela secara rasmi menyertai Loonaq Record milik Haji Rozman Abas.

Turut sama Amir Pearl yang popular dengan lagu Aku Tidak Bersalah akhirnya kembali bangkit dan kini tampil dengan album single berjudul Teristimewa ciptaan Adi Priyo Sambodo dan lirik juga bersama Amir.

Turut hadir Dato' Ziela Jalil dan Liza Abdullah, Dato' Amir pearl, Lan A to Z, Madi Ozon, Jiee, Zam Arena/Handy Black, Dato' Nash, Puan Fitra Loonaq Records, Dean Bassist, Mus DK Dreamknight, Haji Kamal Karyawan dan kumpulan-kumpulan penderma ngo yang lain.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala Lumpur