Projek Lex

Projek Lex

Share

16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan, kegembiraan dan keberkatan dalam hidup kita. Marilah kita melangkah ke tahun baru dengan membawa sinar harapan, kekuatan dan tekad untuk berubah ke arah yang lebih baik demi mengukuhkan perpaduan ummah serta berhijrah menuju kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.

Sekian, terima kasih.

✨ProjekLex✨

26/05/2026

🎉SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA🎉

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak..." (Surah Al-Hajj: 28)

Sedar tak sedar, kita kembali bertemu dengan hari raya yang penuh dengan keberkatan, pengorbanan, dan keikhlasan. Eid al-Adha bukan sekadar tentang ibadah korban, malah ia adalah satu refleksi agung tentang ketaatan, pengorbanan jiwa, dan semangat berkongsi rezeki sesama insan, terutamanya mereka yang memerlukan.

Sempena hari yang mulia ini, mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar dalam kehidupan seharian kita

Semoga segala amalan, kebaikan, dan ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan yang melimpah-limpah kepada kita semua. Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga Projeklex.

Photos from Projek Lex's post 06/04/2026

Lex Raya 2026: Ziarah & Inspirasi

Pada Ahad, 5 April 2026, Projek Lex berpeluang menjayakan program istimewa “Lex Raya” iaitu sebuah sesi ziarah raya yang penuh makna bersama tokoh-tokoh hebat dalam dunia guaman.

Kami berbesar hati kerana berpeluang menziarahi Datuk Lukman Sheriff (Managing Partner Zul Rafique & Partners) dan Tuan Haniff Khatri yang sudi berkongsi pengalaman, pandangan serta realiti sebenar dalam kerjaya seorang peguam.

Lebih daripada sekadar kunjungan, sesi ini menjadi ruang untuk belajar, bertanya dan menyerap inspirasi secara langsung daripada mereka yang telah lama beramal sebagai peguam. Kata-kata nasihat dan semangat yang diberikan benar-benar menyentuh hati dan mengingatkan kami bahawa perjalanan dalam dunia guaman bukan mudah, tetapi penuh peluang bagi yang terus berusaha.

Terima kasih atas layanan mesra dan perkongsian yang sangat bermakna. Semoga semangat ini terus menyala dalam diri setiap peserta untuk melangkah lebih jauh dalam bidang perundangan.

18/02/2026

Bulan penuh rahmat kembali menyapa.
Saatnya kita memperbaharui niat, memperbanyakkan amal serta mendekatkan diri kepada-Nya.

Semoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan jiwa, kekuatan iman dan keberkatan dalam setiap langkah kita.

Ikhlas daripada kami di ProjekLex,
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Lumpur
53100