Subaina Muhamad

Subaina Muhamad

Share

19/05/2026

20 tahun sudah berlalu dalam perjalanan sebagai seorang kakitangan awam.

10 tahun bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, saya bersyukur kerana pernah menjadi medan saya berjumpa orang hebat sekaligus membuka ruang saya melangkah jauh.

Kemudian 10 tahun lagi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, mendidik dan membina manusia dengan ilmu, adab dan kasih sayang.

Kini bersama-sama KPM dan KKM menyantuni dunia yang begitu dekat dengan sakit, harapan, air mata dan kehilangan.

2 dekad ini bukan perjalanan yang mudah, namun terlalu berharga untuk dikenang.

Ada hari yang penuh tawa, ada waktu yang menguji jiwa.

Ada penat yang tidak mampu diluah, ada juga bahagia kecil yang membuatkan hati terus kuat melangkah.

Semua itu menjadikan perjalanan ini penuh warna-warni kehidupan.

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dalam setiap pertemuan dengan manusia, saya belajar bahawa hidup ini sebenarnya sangat singkat.

Hari demi hari yang dilalui mengajar tentang sabar, pengorbanan, keikhlasan dan reda. Hakikatnya, perjalanan ini bukan sekadar tentang pekerjaan atau pangkat semata-mata, tetapi tentang mencari nilai diri sebagai seorang hamba dan manusia.

Kini masih berbaki sekitar 10 tahun lagi dalam dunia perkhidmatan.

Masih banyak yang ingin dipelajari, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Selagi diberi kesempatan, saya ingin terus memberi manfaat walau sedikit, kerana setiap kebaikan itu mudah-mudahan menjadi bekal yang menanti di sana nanti.

Akhirnya, hidup ini sentiasa berkisar tentang kehidupan dan kematian. Kita datang dengan amanah, dan suatu hari nanti akan kembali kepada-Nya.

Semoga setiap langkah dalam perjalanan perkhidmatan ini dipandang sebagai ibadah dan menjadi saksi bahawa kita pernah berusaha memberi kebaikan kepada orang lain.

Photos from Subaina Muhamad's post 15/12/2025

Harini ada 2 perkara buat hati saya berbunga-bunga.

Yang pertama..

Saya pergi mengajar macam biasa, mengajar murid tahun 3. Rasanya hampir seminggu dia di wad. Dan ada la beberapa kali saya dapat giliran mengajar dia.

Selepas mengajar dan selesai menjawab latihan saya minta diri untuk beredar.

' Dah habis ke? Kejapnya?'

Ish saya tengok jam di tangan.. rasanya cukup dah waktu saya lebih kurang 25 minit.Seorang murid memang peruntukan waktu 30 minit. Biasa 25 minit selesai, 5 minit lagi untuk semak jawapan murid , minta murid tanda tangan kehadiran, cikgu kemas beg.

" Err.. awak s**a matematik ke?" Maklumlah kan cara tu macam orang yang tak puas belajar.

'saya tak s**a matematik' jujur jawapan dia.

"Habis tu kenapa kata sekejap" biasanya kalau jenis tak s**a ni cikgu kenal sangat.

'Sebab saya s**a cikgu ajar saya. Dekat sekolah cikgu tak sempat nak fokus dekat saya'

Aduhaiiiiii... cair hati cikgu. 🥰

"Kalau cikgu tak fokus pada awak, awak la kena fokus dekat cikgu" sempat cikgu bagi nasihat.

Dari 30 minit dah jadi 40 minit. Berkejaran la cikgu ke wad lain takut tak sempat nanti cikgu nak rehat.

Kisah kedua...

Waktu balik tadi, di ruang legar lif ada pasangan suami isteri ni sedang bercakap-cakap.

Saya perasan banyak mata tertumpu pada pasangan ni. Saya cuma dengar si suami bersuara.

' You tunggu dekat situ je lah, biar I yang ambil kereta'

Eh eh, itu Nad Zainal dengan suami dia.

Masa Nad sorang diri saya tegur.

" Nad, boleh i nak ambil gambar?"

' Boleh doktor'

Fuhhh!!! Cepat betul saya naik pangkat. Pagi tadi datang jadi cikgu. Balik keja dah jadi doktor.

" I sekarang hari-hari tengok drama you Bahagia Yang Tertangguh tu. Datang follow up ke?" Maklumlah sebelum ni dia bersalin di hospital ni, itu yang boleh bertanya.

'Terima kasih' lembut je dia jawab.

2-3 kali tekan butang selfie, saya pun ucap terima kasih.

Sempatlah saya bagi pesanan.

"You jaga diri baik-baik ye"
maklumlah dah jadi doktor kan kenalah nasihat pesakit..😎

Kami pun saling melambai.. ramai rupanya nak naik lif. Sudahnya saya naik tangga sampai ke tingkat 5. Walaupun rasa mengah, 2 cerita ni buat hati saya bahagia-☺️☺️

Photos from Subaina Muhamad's post 31/10/2025

Oktober Yang Pergi Bersama Mereka

Bulan Oktober kali ini sunyi. Tiada lagi suara tawa yang pernah mengisi ruang itu. Seorang demi seorang murid kesayangan telah pergi — rebah dalam perjuangan menentang kanser yang terlalu kejam pada usia semuda itu.

Mereka bukan sekadar murid, tetapi bintang yang sempat bersinar seketika,meninggalkan cahaya di hati cikgu untuk selamanya. Mia, Izreen, Zafran, Thesh dan Amin masih terbayang senyuman, suara, gurauan semua.

Semoga anak-anak itu tenang di sana — di taman syurga yang tiada sakit, tiada rawatan, tiada tangisan.

Dan buat hati ini yang sedang belajar redha… teruslah kuat.Air mata bukan lagi tanda lemah, tetapi bukti kasih yang tidak pernah padam.

Kerana kasih dan doa guru akan sentiasa sampai,meskipun jarak antara dunia dan syurga terasa begitu jauh.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Hospital Tunku Azizah
Kuala Lumpur
50300