Muhamad Zulhelme
14/09/2022
Apakah Proses Beli Rumah Pertama Anda❓️❓️
Beli rumah pertama bukanlah satu perkara mudah! Ianya datang dengan pelbagai tanggungjawab dan prosedur.
Tapi janganlah menunggu lama sangat sebab harga rumah tidak akan menurun dan tempoh loan rumah tidak akan semakin pendek. Jadi lebih baik untuk membeli rumah semasa muda!
Jadi, disini saya telah sediakan maklumat penting untuk membantu anda memahami proses membeli rumah pertama anda. Secara mudahnya, proses membeli rumah boleh dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut:
• Fasa persediaan
• Fasa pembelian
• Fasa tukar nama
Jadi sebelum kita pergi ke fasa-fasa ini, dibawah adalah prosedur beli rumah pertama yang anda perlu ambil tahu!
1. Fasa Persediaan✅️
Wajib untuk korang buat persediaan awal yang rapi sebelum beli hartanah pertama korang.
Pertama sekali adalah korang perlu semak kelayakan pinjaman perumahan (housing loan) dengan bank terlebih dahulu.
Bank p**a akan rujuk 3 perkara penting ni dahulu sebelum luluskan pinjaman korang iaitu:
• Pendapatan (Income)
• Scoring
• CCRIS (Central Credit Reference Information System)
i) Pendapatan (income)
Korang boleh periksa dahulu formula ini untuk tengok sama ada korang layak tak untuk buat pinjaman perumahan dengan bank.
Formula = (Komitmen lama + Komitmen rumah yang hendak dibeli) ÷ Pendapatan bersih x 100
Bank akan menolak permohonan anda sekiranya nilai melebihi 70%.
ii) Scoring
Scoring bermaksud pemohon pinjaman mempunyai ciri-ciri orang yang boleh membayar hutang dengan baik. Bank akan melihat latar belakang pemohon tersebut daripada pelbagai perkara seperti status pekerjaan pemohon, tahap pendidikan dan lain-lain perkara yang akan dinilai oleh pihak bank.
iii) CCRIS (Central Credit Reference Information System)
CCRIS ialah rekod kewangan yang diselia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia untuk melihat corak pembayaran pinjaman, sebarang komitmen bank serta hutang anda.
Jangan risau kalau anda belum mempunyai sebarang rekod dalam CCRIS. Anda masih boleh buat permohonan loan rumah.
Sediakan dokumen berikut juga semasa buat permohonan:
⭕️Salinan kad pengenalan
⭕️Slip gaji
⭕️Penyata bank
⭕️Penyata KWSP
⭕️Surat Tawaran Bekerja
Tapi kalau anda gunakan khidmat ejen hartanah, anda boleh serahkan kesemua dokumen penting di atas kepada ejen untuk buat semakan kelayakan pinjaman perumahan dengan pelbagai pihak bank.
Secara ringkasnya, anda perlu rancang kewangan anda untuk masa akan datang kerana apabila anda sudah mengambil pinjaman,ini bermakna anda akan mempunyai komitmen untuk membayar pinjaman tersebut setiap bulan sehingga selesai.
Jadi pastikan anda ambil kira perbelanjaan harian seperti makan minum dan lain-lain perkara sebelum anda tandatangan perjanjian pinjaman perumahan tersebut. Ukur baju di badan sendiri ye.
Selepas anda mempunyai perancangan yang rapi, barulah anda dikira selesai dalam fasa pertama ini.
2. Fasa Pembelian✅️
Tibalah masanya untuk anda mula “window shopping” untuk rumah yang bersesuaian dengan perancangan korang masa kat fasa 1 sebelum ni.
Kalau dah jumpa rumah yang anda dah berkenan, bolehlah mula buat bayaran tempahan unit tersebut.
Pastikan bayaran dibuat kepada agensi hartanah atau firma guaman sahaja. JANGAN SESEKALI bayar kepada akaun peribadi!
Setelah selesai membuat bayaran tempahan tersebut, anda akan menandatangani satu borang. Pastikan anda lampirkan borang tersebut bersama dengan dokumen yang lain untuk memohon pinjaman perumahan. Atau serahkan kepada ejen anda untuk menguruskannya.
Beri masa dalam semingu ke dua minggu untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman tersebut. Tapi pastikan anda lengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan, baru loan boleh approve.
Lepas loan dah approve, ejen akan maklumkan kepada peguam hartanah untuk sediakan Sales & Purchase Agreement (S&P). Anda boleh tandatangan surat perjanjian ini dalam masa 2 minggu sahaja.
3. Fasa Tukar Nama✅️
Peringkat ini, pemohon rumah dah boleh bertenang sikit sebab kebanyakan kerja seperti pengesahan dokumen dengan pihak bank, pemaju dan lain-lain akan dilakukan oleh peguam hartanah korang.
Kalau nak tahu, rumah pegangan bebas (freehold) kebiasaannya ambil masa 3-4 bulan untuk tukar nama.
Manakala rumah pegangan pajakan (leasehold) p**a mengambil masa lebih kurang 6 bulan ke 1 tahun.
Apabila semua perkara dah selesai dan telah pun ditandatangan, peguam akan menghubungi anda untuk periksa rumah terlebih dahulu.
Pastikan korang pergi tengok rumah ye untuk lihat apa yang okay atau tak okay dengan keadaan rumah tu.
Kalau ada apa-apa defect, bolehlah korang terus bagitahu pihak pemaju atau owner dan claim apa yang patut.
Kalau semuanya okay, korang dah boleh ambil kunci rumah daripada peguam.
SELESA‼️‼️‼️
Tahniah kerana berjaya beli rumah pertama korang‼️‼️‼️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Setapak
Kuala Lumpur
53300