Financial Banker - Syalimar
30/11/2022
Betul ke? Lelaki tolong backup diri memasing! 🤣🤣
Perkongsian dari Dr. Azizul Azli Ahmad
TEMPAT SIMPAN DUIT SELAMAT!
1. Jika mula kerja dan belum ada ASB, bukalah satu. Buat potongan gaji terus untuk simpan disini bila mula kerja. Jika potongan gaji RM200 sebulan, dengan pulangan 5% setahun selama 10 tahun sahaja, adik akan ada RM31,385.86 sahaja! banyak tu.
2. Mula kerja wajib ada akaun Tabung Haji (TH), nak lebih baik daftar haji terus bila mula kerja nanti. Modal daftar haji cuma RM1300 sahaja. Buat potongan gaji dan simpanlah disini.
3. SSPNI juga bagus untuk menyimpan, ada rebet cukai, takaful perlindungan sekali jika kita menyimpan untuk pendidikan anak anak nanti.
4. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) boleh juga menyimpan disini, cuma harus menanti kekosongan dana sebab selalu penuh. Dividen setahun 2 kali diberi.
5. Simpanan tetap (FD), boleh juga menyimpan disini . Kadar pulangan sekitar 2%-3% sahaja berbeza setiap bank dan jumlah simpanan kita pada mereka.
6. Sijil Simpanan Premium (BSN) boleh beli sijil simpanan ini dan ada cabutan bertuan BMW dan Rumah. Nasib baik boleh dapat kereta baru yang kita tak mampu bela sebenarnya!
7. Belajar simpan emas sebulan 1 gram juga baik, harga segram berubah ubah ikut harga pasaran. Public Gold tawarkan kaedah simpanan yang baik.
8. KWSP antara tempat simpanan persaraan yang baik, kadar dividen sekitar 5%-6%. Selain KWSP ada juga PRS untuk kita simpan dana persaraan kita.
9. Amanah Saham Wawasan (ASW) dan ASB 2 juga boleh menyimpan disitu jika duit kita dah penuh tak tahu nak letak dimana. Kadar pulangan sekitar 4%-5% setahun. Duit tak hilang punya!
Kawan kawan,
Semalam ada orang dan mula gaji, paling bagus mulakan buat simpanan setiap kali gaji masuk.
Hargai diri dengan menyimpan, bukan reward diri dengan kek secret resepi tiap bulan!
Sampaikan buat adik adik kita kuat menyimpan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Kuala Lumpur
56100