PAS Kuala Kangsar

PAS Kuala Kangsar

Share

01/06/2026

Kenyataan Media
Perikatan Nasional

Perikatan Nasional Sedia Masuk Gelanggang PRN Johor

Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada rakyat khususnya dalam isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi negeri, integriti pentadbiran dan masa depan negara.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional agar memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi pilihan raya ini dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan.

Perikatan Nasional akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi.

Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, Perikatan Nasional akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik.

YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
1 Jun 2026

01/06/2026

Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-68.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga TUDM yang sentiasa berbakti mempertahankan kedaulatan ruang udara negara dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan semangat patriotisme.

Pengorbanan serta komitmen anggota dan pegawai TUDM dalam menjaga keselamatan tanah air amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Semoga TUDM terus unggul, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberkati dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara.

"Kuasa Udara, Perisai Negara"

Ikhlas daripada :
BERHANUDIN AHMAD
ADUN Manong

31/05/2026

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Pendekatan Politik Taawun Siyasi PAS dalam Perikatan Nasional

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) ingin mengingatkan semua pihak mengenai pendekatan taawun siyasi PAS dalam merangka kerjasama politik Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya ke-16 kelak.

Firman Allah SWT;

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَاب

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)"
(Surah Al-Maidah : 2).

Petikan ayat Al-Quran ini menjadi asas kukuh kepada pendekatan politik taawun siyasi. Ia adalah suatu bentuk kerjasama dan gabungan (coalition) politik yang lebih bersifat longgar dan berdiri di atas prinsip menerima pelbagai parti dan entiti yang mempunyai asas perjuangan yang sama serta tidak bersikap ekstrim.

DUPP menegaskan bahawa kerjasama politik yang digerakkan mesti dalam kerangka amar makruf dan nahi munkar selain meletakkan kepimpinan teras dikalangan Melayu-Islam sebagai bangsa teras dalam negara.

PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa parti politik berasaskan kepada tahaluf siyasi yang lebih bersifat permuafakatan dalam kerangka yang lebih mendalam dan khusus serta melibatkan jaringan kerjasama yang rasmi.

Berbeza dengan pendekatan tahaluf, kerjasama taawun siyasi bersifat umum, tidak terikat selain tidak meletakkan syarat yang ketat dalam kerjasama yang dibentuk.

Dalam situasi politik semasa, DUPP berpandangan pendirian Tuan Guru Presiden PAS mengenai kajian semula hubungan dengan parti tertentu perlu dinilai dalam aspek yang positif bagi memastikan ia seiring dengan aspek taawun siyasi dalam kerjasama politiknya.

Hal ini kerana kerjasama taawun siyasi adalah suatu langkah kerjasama politik yang melibatkan kepentingan bersama dan strategik bagi memastikan persediaan yang lebih ampuh menghadapi pilihan raya.

Sekian.

YB USTAZ DATO’ HJ AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

25 Mei 2026 Miladi bersamaan 8 Zulhijjah 1447 Hijri

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No 83C Tingkat 1, Jalan Daeng Selili
Kuala Kangsar
33000