ISMA Kuala Kangsar

ISMA Kuala Kangsar

Share

10/06/2026

šŸ˜Ada orang yang hadir dalam hidup kita membawa ketenangan.

😢Ada juga yang hadir meninggalkan luka, kekeliruan dan keletihan yang sukar dijelaskan.

Persoalannya...

šŸ¤”Adakah semua itu sekadar ujian yang perlu ditempuhi dengan sabar?

🤧Atau sebenarnya satu musibah yang perlu dijauhi?

🧐Bagaimana membezakan antara redha dengan takdir dan membiarkan diri terus disakiti?

āœ…Jom sertai perkongsian yang bakal membuka perspektif kita tentang narsistik, batas kesabaran dan cara melihat ujian kehidupan menurut neraca yang betul.

āœ…Kerana tidak semua yang menyakitkan itu perlu dipertahankan. Dan tidak semua yang hilang itu merupakan kerugian.

01/06/2026

HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI?

Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA:

āŒ Tidak boleh menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

Pendapat Jumhur Ulama:

āœ… Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah:
Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Larangan menyimpan daging lebih dari 3 hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu. Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuala Kangsar
33000